• Laman web ini berkisar tentang perkongsian maklumat berkenaan vitamin semulajadi Shaklee. Segala penulisan di dalam laman web ini adalah perkongsian peribadi. Penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini
  • Laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara
  • Secara umumnya, produk yang disebut di dalam laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Produk2 Shaklee tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada rawatan perubatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan.



Tuesday, July 26, 2011

Puasa untuk ibu yang mengandung dan menyusukan anak

Di sini saya ingin berkongsi tip-tip yang boleh dipraktikan untuk ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sepanjang bulan Ramadan 

  1. Berbuka ON-TIME. Jgn dilengah lengahkan 
  2. Dari waktu berbuka sehingga waktu sahur, eloklah mkn dan minum secukupnya, sedikit demi sedikit untuk gantikan air dan nutrien yang hilang setelah seharian berpuasa (ikut kesesuaian dan keselesaan tuan empunya badan).
  3. Digalakkan minum air 8 hingga 12 gelas air / jus buah / susu untuk mengekalkan kandungan air dalam badan.Ibu yang menyusukan anak perlu minum lebih air kerana kuantiti susu boleh terjejas sekiranya badan kita kurang air. Saya mengesyorkan pengambilan Performance Drink (PD) dari SHAKLEE kerana ia membantu mengelakkan kekeringan dalam bdn di samping membekalkan tenaga untuk aktiviti seharian
  4. Ketika berbuka jamahlah kurma dahulu.Kurma mempunyai kandungan tenaga yang tinggi serta dapat mengembalikan paras gula yg rendah setelah seharian berpuasa. Ianya juga kaya dengan serat, vitamin dan mineral
  5. Berbuka dengan air2 yang berkhasiat seperti jus buah buahan yang fresh
  6. Makan makanan yg berkhasiat (ikut piramid makanan). Perlu diingatkan, ibu mengandung memerlukan extra 250 kalori sehari manakala ibu yang menyusukan anak perlukan extra 400 - 500 kalori sehari berbanding perempuan dewasa yg tidak menyusukan anak atau mengandung.
  7. Sahur lewat, menghampiri waktu subuh. Jangan SKIP sahur
  8. Waktu bersahur makan makanan yang mempunyai index glycemic (GI) yang rendah seperti mee, nasi dan kebanyakan sayur-sayuran. Makanan yg mempunyai GI yang rendah melambatkan proses penghadaman gula sambil bebaskan glukosa ke dalam badan. ESP dari Shaklee mempunyai karbohidrat GI yg rendah. InsyaAllah berasa kenyang utk jangkamasa yg agak lama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...