• Laman web ini berkisar tentang perkongsian maklumat berkenaan vitamin semulajadi Shaklee. Segala penulisan di dalam laman web ini adalah perkongsian peribadi. Penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini
  • Laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara
  • Secara umumnya, produk yang disebut di dalam laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Produk2 Shaklee tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada rawatan perubatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan.



Thursday, July 28, 2011

HARGA ISTIMEWA ESP dan PERFORMANCE DRINK sempena RAMADHAN


p/s  harga asal: ESP (RM150), PD (RM 82.50) plus shipping.... so dah jimat baper bnyk tuuuuuu.... cepat sementara stok masih ada


ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

Tuesday, July 26, 2011

Puasa untuk ibu yang mengandung dan menyusukan anak

Di sini saya ingin berkongsi tip-tip yang boleh dipraktikan untuk ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sepanjang bulan Ramadan 

  1. Berbuka ON-TIME. Jgn dilengah lengahkan 
  2. Dari waktu berbuka sehingga waktu sahur, eloklah mkn dan minum secukupnya, sedikit demi sedikit untuk gantikan air dan nutrien yang hilang setelah seharian berpuasa (ikut kesesuaian dan keselesaan tuan empunya badan).
  3. Digalakkan minum air 8 hingga 12 gelas air / jus buah / susu untuk mengekalkan kandungan air dalam badan.Ibu yang menyusukan anak perlu minum lebih air kerana kuantiti susu boleh terjejas sekiranya badan kita kurang air. Saya mengesyorkan pengambilan Performance Drink (PD) dari SHAKLEE kerana ia membantu mengelakkan kekeringan dalam bdn di samping membekalkan tenaga untuk aktiviti seharian
  4. Ketika berbuka jamahlah kurma dahulu.Kurma mempunyai kandungan tenaga yang tinggi serta dapat mengembalikan paras gula yg rendah setelah seharian berpuasa. Ianya juga kaya dengan serat, vitamin dan mineral
  5. Berbuka dengan air2 yang berkhasiat seperti jus buah buahan yang fresh
  6. Makan makanan yg berkhasiat (ikut piramid makanan). Perlu diingatkan, ibu mengandung memerlukan extra 250 kalori sehari manakala ibu yang menyusukan anak perlukan extra 400 - 500 kalori sehari berbanding perempuan dewasa yg tidak menyusukan anak atau mengandung.
  7. Sahur lewat, menghampiri waktu subuh. Jangan SKIP sahur
  8. Waktu bersahur makan makanan yang mempunyai index glycemic (GI) yang rendah seperti mee, nasi dan kebanyakan sayur-sayuran. Makanan yg mempunyai GI yang rendah melambatkan proses penghadaman gula sambil bebaskan glukosa ke dalam badan. ESP dari Shaklee mempunyai karbohidrat GI yg rendah. InsyaAllah berasa kenyang utk jangkamasa yg agak lama

Monday, July 25, 2011

Persediaan untuk berpuasa

Kurang lagi seminggu umat Islam akan mula berpuasa. Ini adalah tahun pertama saya akan mengharungi bulan puasa dalam keadaan menyusukan anak sepenuhnya. KALUT juga memikirkan sama ada mampu atau tak nk berpuasa. Saya percaya ibu2 di luar sana yg sama seperti saya juga memikirkan hal yg sama. Macam mana ekkk tiba2 susunya tak cukup a.k.a. kering.

Mcm2 petua juga saya jumpa untuk memastikan kuantiti dan kualiti susu saya terjamin. Antaranya memakan kurma semasa bersahur dan berbuka (lg bnyk lg bagus... heheheh), minum air kosong cukup2, tidak skip sahur dan pastikan makanan yg diambil adalah seimbang supaya tenaga cukup utk aktiviti harian walaupun berpuasa. Yang paling penting sekali setelah bermcm usaha yg dibuat DOA dan TAWAKAL kepada-NYA.

Di samping itu saya mula mencari suplemen yg sesuai bagi membantu saya mengharungi bulan Ramadhan tanpa sebarang masalah. SHAKLEE telah menawarkan produk yg boleh membantu bukan sahaja ibu2 yang menyusukan anak, yang tak menyusukan anak pun digalakkan. Produk yg disarankan ialah Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink (PD). Untuk ibu2 yg menyusukan anak, boleh laa ADD ON suplemen ini di dalam Set B (alfalfa, vit C, B-Comp dan Vita-Lea) yang di ambil. Saya sendiri sudah mula mula mengambil ESP supaya tubuh bdn saya bersedia untuk berpuasa.

Energizing Soy Protein
  • Membekalkan tenaga sepanjang seharian berpuasa
  • Memberikan rasa kenyang
  • Membantu penyusuan susu ibu
  • Mempercepatkan penghasilan susu ibu
Performance Drink
  • Mengekalkan dan mengimbangi kandungan air dalam badan
  • Mengelakkan dehidrasi
  • OptiCarb di dalam PD dpt mengekalkan tenaga berpanjangan
  • Sesuai utk individu yg mempunyai kehidupan seharian yg aktif (aktif dgn sukan, terdedah pada cuaca panas)
Pengalaman MOMMY LYNA mengamalkan PD semasa berpuasa

Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih terpancut bila dipicit anak2. Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.


ESP dan PD ini bukan untuk ibu2 yg menyusukan anak sahaja tau.... sesiapa sahaja boleh ambil, terutamanya utk individu yg ingin kekal aktif walaupun berpuasa
 
 
ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

Monday, July 18, 2011

Set vitamin asas SHAKLEE

  credit

Set vitamin asas terdiri daripada vitamin yang diperlukan dalam kehidupan kita. Set asas ini mengandungi 
  • Vita-Lea
  • B-Complex
  • Vitamin C
  
Vitamin dan mineral yang tersenarai di atas adalah asas kepada pembinaan tubuh badan yang sihat dan sistem imuniti  serta penjagaan mental yang baik. ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan stress, memberi satu kehidupan yang lebih sihat kepada semua.

Set ini sesuai untuk org dewasa (set ini bukan untuk kanak2 ye ) yang memerlukan penjagaan asas kesihatan, terlalu sibuk, serta untuk mereka2 yg selalu stress, moody dan kepenatan menjalani kehidupan seharian.

ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma.Harga istimewa juga ditawarkan

Bagaimana suplemen Shaklee membantu saya dalam penyusuan anak saya

 Semua mesti nak tau suplemen apa yg saya ambil untuk kekal sihat, cergas, bertenaga, di samping dpt menyusukan anak saya sepenuhnya sehingga sekarang (Alhamdulillah syukur ke atas nikmat yg diberikan-Nya). Sebelum mengamalkan Shaklee, saya mudah penat, lesu... bdn pun rasa tak sihat jer. Almaklumlah, bekerja, balik rumah selesaikan hal rumah (mana yg mampu), tgh malam berjaga utk susukan anak. Muka pun tak ceria, nampak penat. Kadang-kadang tiada tenaga langsung nak uruskan hal rumah. Mujurlah suami memahami dan tolong apa yang terdaya. To be honest that time, saya rasa seperti seorg isteri yg GAGAL.

Secara amnya, seorg ibu yg menyusukan anaknya perlu menjaga dirinya serta baby yang disusukan. Nutrien dalam bdn perlu cukup utk kedua-dua ibu dan bayi. Ini dpt kita achieve melalui pengambilan makanan harian yg seimbang. Dengan kehidupan yg sibuk, semua nk cepat, segalanya segera. Makanan segera dan dibeli adalah satu cara hidup yg menjadi pilihan zaman sekarang (termasuklah saya. hehehheh). Living in such lifestyle, can we control on what kind of food that we take???? The answer is definitely NO. 

Untuk itu, demi mendapatkan kesihatan tubuh yg berkualiti serta memberikan penyusuan yg berkualiti kepada Aisy, saya nekad untuk mencuba set penyusuan Shaklee yg telah membantu saya mengatasi masalah kelesuan yg saya alami. ADDITIONAL VALUE, susu saya bertambah kuantitinya dan lebih pekat. Anak saya cepat kenyang


Terdapat 4 jenis suplemen yg disarankan dalam set penyusuan
Vitalea = multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.
Vita-C = penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.
B Complex = mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.
Alfalfa = digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. 

Semuanya lengkap :) Alhamdulillah, suplemen ni telah membantu saya menyelesaikan masalah saya.Dan saya percaya is mampu membantu ibu2 diluar saya yang juga mengalami masalah seperti saya

Walaubagaimanapun, 3 perkara penting yang WAJIB diamalkan disamping pengambilan set penyusuan ini
  1. Minum sekurang-kurangnya 3L air sehari 
  2. Pam  sekurang kurangnya 3 jam sekali
  3. DOA dan TAWAKAL 
Perlu diingatkan bahawa set ini  bukan ubat magik, apa lagi berasaskan perangsang dan terus nampak perubahannya… natural supplement bertindak begitu lembut dan lunak dengan tubuh kita. Jadi, bersabarlah dan konsisten amalkan 3 perkara di atas.

Set ini juga sesuai bagi semua wanita, walaupun tidak menyusukan, dan juga untuk lelaki. Jangan gelak kalau ada lelaki order set breastfeeding Shaklee!


ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

Thursday, July 14, 2011

Bagaimana Saya Mengenali SHAKLEE

Segalanya bermula ketika putera sulung saya Aisy berumur dua bulan, di mana cuti bersalin telah tamat. Saya mula masuk ke pejabat seperti biasa dengan penuh semangat baru (chewah!!!) Saya juga telah ditukarkan ke jabatan baru. Ketika itu, semuanya baru bagi saya. Kehidupan baru sbg seorg ibu yg bekerja, menyusukan anak serta perlu menyesuaikan diri di jabatan baru.

Rutin pengepaman saya telah diselaraskan dgn jadual kerja. Alhamdulillah, walaupun sibuk saya mampu spend some time utk menyediakan EBM buat anak saya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu.... saya mula merasakan kehidupan baru saya ini menimbulkan beberapa masalah. Saya sentiasa merasa amat letih, lesu dan tidak bermaya. Ada yg menegur muka saya nmpk lemah dan pucat. Saya kerap pening, mudah stress waktu bekerja. Almaklumlah, baru bertukar jabatan, banyak yang perlu di pelajari. Stok EBM saya tiada masalah sgt. Adakala Ok adakala merudum. Namun, saya masih mampu memberi Aisy susu ibu sepenuhnya

Saya beruntung, di tempat kerja saya, ada rakan-rakan yang menyusukan anak secara ekslusif dgn susu ibu. Melalui mereka, saya telah diperkenalkan dengan produk SHAKLEE. Saya bukanlah seorg yg suka telan apa jenis pil pun. Kerana tidak tahan dgn kelesuan yg berterusan, saya beranikan diri mencuba Set B utk breastfeeding mom.

Saya telah mengikut saranan yg diberikan sepanjang consume Set B. Minum 3L air sehari dan rajin2 pam. Kelihatan EBM saya makin pekat. Anak pun cepat kenyang. Stok saya bertambah, tapi takder laaa sampai beratus paket. Cukuplah utk digunakan saat kecemasan. Yg penting sekali, SAYA DAH KURANG PENAT, KURANG STRESS. Dah tak pucat dah. Cuma pada masa itu pening saya masih tak berkurang. Rupa2nya saya disahkan menghidap migrain. Doktor telah memberikan ubat untuk menghalang dari migrain berulang di samping meneruskan pengambilan Set B. Alhamdulillah, sekarang saya sudah pulih.

Aisy sudah berusia 8 bulan. Masih lg menyusu badan sepenuhnya dan saya masih lagi mengamalkan SHAKLEE.....

Monday, July 4, 2011

How do i start...

Setelah disahkan mengandung, saya telah memasang azam utk menyusukan anak yg bakal lahir dgn susu ibu sepenuhnya hingga umurnya 2 tahun. Banyak contoh di sekeliling saya yg saya jadikan inspirasi. Saya mula baca bahan bacaan berkaitan penyusuan susu ibu melalui internet. Susuibu.com adalah laman kegemaran saya utk mencari info.

Bunyinya mcm senang. Tetapi, bagi ibu2 yg bekerjaya mcm saya, ianya agak mencabar memandangkan saya akan mula bekerja 2 bulan selepas bersalin. Banyak perkara perlu difikirkan sebelum mula bekerja. Walaupun sibuk bekerja, saya perlu cari masa utk sesi pengepaman, supaya anak saya dpt dibekalkan dgn susu perahan semasa saya keluar bekerja.

Bermacam halangan sudah saya tempuhi bagi memberikan yg terbaik buat putera sulung saya. Di sini, saya akan coretkan serba sedikit pengalaman saya menyusukan putera saya.

Ibu2 di luar sana... TIADA YG MUSTAHIL... semua ibu2 boleh berikan susu ibu sepenuhnya kepada anak masing2....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...