Antioksidan diperlukan untuk menghalang dan melindungi sel2 tubuh badan dari kerosakan disebabkan kehadiran radikal bebas.
Radikal bebas adalah unsur yang mengandungi sekurang kurangnya satu elektron. Ianya terhasil daripada pencemaran, alkohol, dadah serta bahan kimia yang terdapat di dalam proses pengawetan makanan. Biasanya radikal bebas di'neutral'kan oleh sistem pertahanan badan. Di sini lah fungsi antioksidan di mana antioksidan akan bertindak 'menderma' satu elektron untuk meneutralkan radikal bebas.
Namun begitu, semakin meningkat umur, sistem pertahan badan menjadi semakin berkurangan. Di tambah dengan kehidupan dan persekitaran yang tidak sihat serta pemakanan yang tidak seimbang, semakin mudah radikal bebas memusnahkan sel2 dan seterusnya mengganggu proses tubuh badan kita. Antara masalah2 yang akan timbul adalah seperti penuaan, katarak, penyakit kanser, dan sakit jantung.
Diet seimbang amat perlu untuk memastikan tubuh badan kita cukup dengan antioksidan. Makanan yang mengandungi vitamin dan mineral berikut memiliki antioksidan. Mari kita semak satu persatu
Vitamin C
- Vitamin larut air yg menrupakan pertahan pertama tubuh badan untuk melawan jangkitan penyakit
- Di sebabkan sifatnya yang mudah larut, ia perlu di ambil dalam kuantiti yang mencukupi setiap hari
- Antara sumber Vitamin C: Oren, limau, brokoli, sayur hijau, strawberi dan ubi kentang
Vitamin E
- Sejenis vitamin larut lemak
- Melindungi membran sel dalamtubuh badan dari kemusnahan akibat radikal bebas
- Pengambilan vitamin E di katakan melambatkan proses penuaan
- Antara sumber Vitamin E: minyak sayuran, kekacang, minyak ikan dan sayur hijau
Beta Karotena (Vitamin A)
- Merupakan salah satu dari kumpulan pigmen berwarna merah, oren dan kuning yang dipanggil sebagai karatenoid
- Beta Karotena akan berubah menjadi Vitamin A apabila di proses dalam tubuh badan.
- Antioksidan yang bermanfaat utk kesihatan mata serta menangani kanser pada sel.
- Antara sumber Beta Karotena: carrot, brokoli, tomato, aprikot
Selenium
- Sejenis mineral yang mampu menghalang kerosakan sel
- Pengambilan Selenium bersama sama Vitamin E dan Vitamin C dapat membantu memerangi kanser, sakit jantung dan melambatkan proses penuaan.
- Kandungan Selenium dalam pemakanan seharian perlu diawasi kerana berlebihan Selenium akan menjadi toksik dalam badan.
- Antara sumber Selenium: ikan, daging merah, telur, bawang putih, gandum
Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896