• Laman web ini berkisar tentang perkongsian maklumat berkenaan vitamin semulajadi Shaklee. Segala penulisan di dalam laman web ini adalah perkongsian peribadi. Penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini
  • Laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara
  • Secara umumnya, produk yang disebut di dalam laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Produk2 Shaklee tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada rawatan perubatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan.



Friday, June 21, 2013

MENINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH DI MUSIM JEREBU

 Hmmmm... jerebu makin teruk sekarang ni. Kita di nasihatkan utk mengurangkan aktiviti luar, minum banyak air dan mandi dengan kerap

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila zarah2 debu atau asap, berkumpul dalam jumlah yang banyak dan terapung di udara. Biasanya jerebu berlaku ketika cuaca kering (kurang hujan). Punca utama jerebu adalah pembakaran terbuka dan berskala besar, asap kilang serta kenderaan bermotor.

Jerebu bukan sahaja menghadkan penglihatan mata kasar, malah boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan kita. Antara penyakit yang disebabkan oleh jerebu ialah batuk, selsema, sesak nafas (asma), mata berair dan alergi pada kulit. Individu yg memiliki sistem imun yg rendah berisiko tinggi terdedah kepada kesan yg di akibatkan oleh jerebu kerana jerebu sudah tentunya mengandungi virus dan kuman.

Apabila banyak virus dan kuman masuk melalui pernafasan, ianya akan menyerang apabila kita kekurangan sel2 imun. Oleh itu, dlm keadaan berjerebu begini, sgt penting setiap individu mempunyai sistem imun yg kuat bagi mengelakkan masalah kesihatan.




NutriFeron Shaklee dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Ia mengandungi 4 ekstrak tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago asiatica yang mendorong semulajadi pengeluaran interferon tubuh. 

Biji labu - merangsang pengeluaran interferon semulajadi dlm tubuh, menentang radikal bebas
Biji Plantago Asiatica - mengaktifkan sel2 imun
Honeysuckle Jepun - Menentang kehadiran virus dan kuman
Bunga Safflower - Meningkatkan keupayaan memusnahkan kuman dan virus

Interferon amat berkesan melindungi tubuh badan dari virus, kuman, selsema, alergi serta jangkitan influenza. Dalam perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, herpes dan lain2.

Selain mengurangkan aktiviti luar serta minum air dengan banyak disarankan pengambilan NutriFeron  utk semua terutamanya bagi individu yang mempunyai sistem imun yg rendah (seperti ibu mengandung, org tua, individu yg mudah mendpt jangkitan respiratori spt selsema, asma dll), bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan akibat jerebu.


http://www.sihatbersamacikin.blogspot.com
Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896

Monday, June 17, 2013

Rahsia Kulit Cantik - Makanan Yang Membantu Kulit Anda Nampak Cantik

 Makanan laut
  • Kaya dengan asid lemak Omega 3 dan zinc
  • Asid lemak Omega 3 menghasilkan kulit yg lebih lembap serta mengurangkan masalah inflamasi kulit seperti ekzema serta psoriasis
  • Zinc pula membantu mengatasi masalah jerawat di mana ia mengawal penghasilan minyak (sebum) pada kulit yg menjadi punca kepada masalh jerawat.
  • Selain itu, zinc juga membantu generate sel kulit yg baru 

Buah-buahan sitrus
  • Kaya dengan Vitamin C
  • Vitamin C membantu penghasilan kolagen. 
  • Untuk pengetahuan, kolagen akan mula berkurangan secara mendadak apabila umur mencecah 35 tahun
  • Pengambilan buah buahan  yg kaya dengan vitamin C seperti buah oren, anggur serta buah tomato membantu menghasilkan kulit yg lebih tegang serta kurang berkedut
  • Vitamin C juga mengurangkan masalah inflamasi kulit serta sebagai anti oksidan yg membantu meneutralkan radikal bebas. Kehadiran radikal bebas boleh merosakkan sel kulit dan mengakibatkan kita kelihatan 'tua' sebelum masanya

Sayuran berwarna merah dan hijau
  • Kaya dengan Vitamin A, beta kerotene
  • Sayuran bewarna oren kemerahan kaya dengan beta kerotene. Beta kerotene di tukarkan menjadi vitamin A yg bertindak sebagai anti oksidan, mengelakkan kerosakan sel kulit
  • Vitamin A juga membantu dlm masalah jerawat. Terdapat produk2 skin care yg menjadikan vitamin A sebagai bahan utk menyelesaikan masalah jerawat.

Kekacang
  • Kaya dengan vitamin E
  • Vitamin E membantu kulit mengekalkan kelembapan
  • Vitamin E juga bertindak sebagai antioksidan yg membantu meneutralkan radikal bebas
  • Kekacang almond, pistachio dan walnut juga kaya dengan asid lemak Omega 3 yg juga memelihara keanjalan kulit

Oatmeal
  • Menjadikan kandungan gula dlm darah lebih stabil
  • Kandungan gula dlm darah yg tidak stabil, menjadikan hormon androgen tidak stabil. Hormon androgen ini menyumbang kepada penuaan kulit (kulit berkedut)


http://www.sihatbersamacikin.blogspot.com
Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...