• Laman web ini berkisar tentang perkongsian maklumat berkenaan vitamin semulajadi Shaklee. Segala penulisan di dalam laman web ini adalah perkongsian peribadi. Penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini
  • Laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara
  • Secara umumnya, produk yang disebut di dalam laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Produk2 Shaklee tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada rawatan perubatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan.



Thursday, June 28, 2012

Mari Mengenali ANTIOKSIDAN

Antioksidan diperlukan  untuk menghalang dan melindungi sel2 tubuh badan dari kerosakan disebabkan kehadiran radikal bebas.

Radikal bebas adalah unsur yang mengandungi sekurang kurangnya satu elektron. Ianya terhasil daripada pencemaran, alkohol, dadah serta bahan kimia yang terdapat di dalam proses pengawetan makanan. Biasanya radikal bebas di'neutral'kan oleh sistem pertahanan badan. Di sini lah fungsi antioksidan di mana antioksidan akan bertindak 'menderma' satu elektron untuk meneutralkan radikal bebas.

Namun begitu, semakin meningkat umur, sistem pertahan badan menjadi semakin berkurangan. Di tambah dengan kehidupan dan persekitaran yang tidak sihat serta pemakanan yang tidak seimbang, semakin mudah radikal bebas memusnahkan sel2 dan seterusnya mengganggu proses tubuh badan kita. Antara masalah2 yang akan timbul adalah seperti penuaan, katarak, penyakit kanser, dan sakit jantung.

Diet seimbang amat perlu untuk memastikan tubuh badan kita cukup dengan antioksidan. Makanan yang mengandungi vitamin dan mineral berikut memiliki antioksidan. Mari kita semak satu persatu

Vitamin C 
  • Vitamin larut air yg menrupakan pertahan pertama tubuh badan untuk melawan jangkitan penyakit
  • Di sebabkan sifatnya yang mudah larut, ia perlu di ambil dalam kuantiti yang mencukupi setiap hari
  • Antara sumber Vitamin C: Oren, limau, brokoli, sayur hijau, strawberi dan ubi kentang
Vitamin E
  • Sejenis vitamin larut lemak
  • Melindungi membran sel dalamtubuh badan dari kemusnahan akibat radikal bebas
  • Pengambilan vitamin E di katakan melambatkan proses penuaan
  • Antara sumber Vitamin E: minyak sayuran, kekacang, minyak ikan dan sayur hijau
Beta Karotena (Vitamin A)
  • Merupakan salah satu dari kumpulan pigmen berwarna merah, oren dan kuning yang dipanggil sebagai karatenoid
  • Beta Karotena akan berubah menjadi Vitamin A apabila di proses dalam tubuh badan.
  • Antioksidan yang bermanfaat utk kesihatan mata serta menangani kanser pada sel.
  • Antara sumber Beta Karotena: carrot, brokoli, tomato, aprikot
Selenium
  • Sejenis mineral yang mampu menghalang kerosakan sel
  • Pengambilan Selenium bersama sama Vitamin E dan Vitamin C dapat membantu memerangi kanser, sakit jantung dan melambatkan proses penuaan.
  • Kandungan Selenium dalam pemakanan seharian perlu diawasi kerana berlebihan Selenium akan menjadi toksik dalam badan.
  • Antara sumber Selenium: ikan, daging merah, telur, bawang putih, gandum


Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896

Wednesday, June 27, 2012

Kenapa B Complex buat rasa cepat lapar, asyik nak makan jer.....

Kita lihat fungsi B Comples itu sendiri iaitu menukar karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga. Basically tubuh badan kita memerlukan cukup vitamin B Complex supaya apa yg kita ambil waktu makan dapat ditukarkan kepada tenaga selengkapnya. Kekurangan B complex menjadikan proses pengahasilan tenaga menjadi kurang efisyen, di mana timbul masalah mudah letih dan juga paling tak best sekali masalah berat badan

So, kenapa asyik rasa lapar je bila ambil B complex.....

Sebenarnya rasa lapar itu adalah salah satu tanda di mana tubuh badan kita memerlukan karbohidrat, protein dan lemak utk dibakar menjadi tenaga. Lagi aktif aktiviti seharian kita, lagi kerap kita akan berasa lapar. Yang menjadi masalah adalah apabila individu itu gagal mengawal nafsu makan apabila rasa lapar (cthnye kalo satu hari 10 kali rasa lapar, 10 kali lah individu itu mkn nasi dengan lauk pauk) 

Sekiranya kita makan mengikut jadual, iaitu mkn 3 kali sehari, masalah ini tidak akan timbul, kerana badan menerima cukup sumber makanan untuk ditukarkan menjadi tenaga. Sekiranya rasa lapar in between meal, memadailah ambil snek ringan (cthnye biskut oatmeal, buah buahan) supaya diet seharian seimbang serta tidak mendatangkan masalah kegemukan

Pengambilan B Complex juga perlulah selepas makan. Jika di ambil sebelum makan, anda akan makan dengan terlebih berselera (boleh end up terlebih makan) dan ini akan menyebabkan masalah kegemukan

Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896

Sunday, June 24, 2012

Siapa kata B Complex Menggemukkan....


Seringkali saya diterjah dengan persoalan ini. Makan B Complex, berat badan naik sebab asyik lapar and nak makan jer. Tahukan anda semua, B Complex sebenarnya menolong untuk penurunan berat badan dan meningkatkan tenaga

Mari kita tengok fungsi utama B Complex itu sendiri

VitaminB2 - Meningkatkan proses metabolisma karbohidrat, lemak dan protein
Vitamin B3 - membantu tubuh badan menggunakan sepenuhnya makanan yg kita mkn seharian utk dibakar menjadi tenaga. Membantu mengurangkan kolestrol
Vitamin B5 - membantu penggunaan lemak di dlm badan utk ditukarkan kepada tenaga.
Vitamin B6 - Membantu proses asimilasi (absorb / digest) protein dan lemak ke dalam tubuh badan
Vitamin B12 - Utilize secara sempurna lemak, karbohidrat dan protein utk ditukarkan menjadi tenaga, seterusnya meningkatkan tenaga

SO KESIMPULANNYA, B COMPLEX MEMBANTU TUBUH BADAN LEBIH EFISYEN MENUKARKAN LEMAK, KARBOHIDRAT DAN PROTEIN (YG KITA AMBIL DALAM DIET SEHARIAN) KEPADA TENAGA.

Di sini, tiada istilah B Complex menggemukkan yer...

Vitamin B Complex adalah vitamin larut air dan mudah musnah. Perlu diganti setiap hari melalui proper diet ataupun suplemen.

Macam mana nak tau kita kekurangan Vitamin B Complex? Mudah sahaja, mudah keletihan adalah tanda utama seseorang itu kurang Vitamin B Complex dlm badan kerana makanan seharian yang di ambil tidak dapat ditukar menjadi tenaga secara efisyen

Vitamin B Complex yang lengkap perlu mengandungi 8 jenis vitamin B berikut: Kalau tak cukup ianya tidak berkesan kerana ke lapan2 vitamin B ini bekerjasaman antara satu sama lain
  • Vitamin B1 (Thiamine)
  • Vitamin B2 (Riboflavin)
  • Vitamin B3 (Niacin)
  • Vitamin B5 (Panthothenic Acid)
  • Vitamin B6 (Pyridoxine)
  • Vitamin B12 (Cobalamin)
  • Biotin
  • Asid Folic (Folate)

And guess what..... B Complex SHAKLEE ada kesemua 8 jenis vitamin B :)



 SAYA ADALAH PENGEDAR SAH PRODUK SHAKLEE !!!!
Boleh hubungi saya melalui email kedaivitaminshikin@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi PERCUMA.

Thursday, June 21, 2012

Tips: Mengurangkan Kehilangan Nutrien Dalam Makanan Semasa Proses Memasak


Tips2 yang boleh anda praktikkan utk mengurangkan kehilangan nutrien dalam makanan semasa proses memasak
  • Basuh sayur / buah, bukannya di rendam bagi memastikan kandungan Vitamin B dan Vitamin C tidak berkurang
  • Gunakan pisau yg tajam semasa memotong sayur. Pemotongan yg tidak sempurna akan mengakibatkan kehilangan Vitamin A dan Vitamin C
  • Sekiranya anda mahu 'stock up' atau simpan sayur atau buah untuk jangkamasa yang lama, beli yang beku (ie frozen mix veggie). Kandungan vitamin di dalam sayur atau buah yang sedia beku adalah lebih tinggi daripada yang di simpan di dalam peti ais untuk beberapa hari
  • Simpan daging beku dalah suhu di bawah 0 deg F untuk mengelakkan pembiakan bakteria
  • Jangan 'defrost' sayur yang sudah dibekukan sebelum memasak. Masak jer terus dalam keadaan beku.
  • Beras perang lebih berkhasiat berbanding beras putih
  • Masak menggunakan periuk berunsurkan 'copper' boleh memusnahkan Vitamin C, Asid Folik dan Vitamin E
  • Peralatan memasak yg berunsurkan 'stainless steel', 'glass' dan 'enamel' adalah yang terbaik bagi melindungi kandungan nutrien dan vitamin di dalam makanan.
  • Kurangkan masa memasak (tapi jgn lah sampai tak masak pulak) serta menggunakan air yang minima di dalam masakan dapat melindungi nutrien yang terkandung di dalam makanan
  • Basuh makanan di dalam tin untuk mengurangkan kandungan garam
  • Jangan simpan susu di dalam bekas kaca. Apabila simpan susu di dalam bekas kaca, kandungan Riboflavin, Vitamin A dan Vitamin D akan berkurang
  • Rebus / bakar ubi sekali dengan kulitnyer. Ini dapat mengelakkan kandungan nutrien di dalam ubi musnah semasa proses memasak.
  • Balik dari pasar, segera simpan sayur  / buah di dalam peti ais

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH PRODUK SHAKLEE!!!!
Boleh hubungi saya melalui email kedaivitaminshikin@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi PERCUMA.

Wednesday, June 20, 2012

Kelebihan Vitamin E dan Selenium

Tahukah anda Vitamin E bekerja secara sinergi dengan Selenium yang juga di kategorikan sebagai anti oksidan.

Kombinasi Vitamin E dan Selenium melambatkan proses penuaan. Selenium diperlukan untuk penghasila gluthathione peroxidase yang merupakan antioksidan utama di dalam setiap sel tubuh

Vitamin E dan Selenium juga membantu kesuburan lelaki dan wanita. Lelaki memerlukan Selenium lebih berbanding dengan wanita kerana lelaki akan kehilangan Selenium melalui pengeluaran air mani. Vitamin E dan Selenium membantu meningkatkan penghasilan sperma yg berkualiti.

Kombinasi vitamin E dan Selenium membantu mengurangkan simptom 'hot flashes' yang di alami oleh wanita menopause. 

Selain itu, Vitamin E dan Selenium boleh membantu mengurangkan masalah psoriasis.


Vita-E Complex SHAKLEE lengkap dengan Vitamin E Asli serta Selenium. Membekalkan sebanyak 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Pengambilan hanya sebiji sehari sahaja, cukup untuk melengkapkan keperlua Vitamin E dan Selenium di dalam tubuh badan

ANDA BERMINAT UNTUK MENCUBA VITA-E COMPLEX!!!!
Boleh hubungi saya melalui email kedaivitaminshikin@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi PERCUMA.

Thursday, June 14, 2012

Pakej Kulit Cantik Dengan SHAKLEE

Nak dapatkan kulit yang cantik, sudah tentulah ianya datang dari kesihatan dalaman kita. 
Saranan saya, amalkan Vita-C, Vita E Complex, B Complex dan Energizing Soy Protein, istimewa dari SHAKLEE
 
Vita C - Membantu mengekalkan kekenyalan kulit melalui penghasilan kolagen. Vita-C Shaklee sgt istimewa kerana ianya di lepaskan perlahan2 dlm badan kita.
 
B Complex - Membaiki peredaran darah, menstabilkan hormon (terutamanya utk yg mengalami masalah jerawat) serta meratakan warna kulit
Vita E Complex - Melambatkan proses penuaan (awet muda ler tuh....), mengurangkan kesan parut / jeragat serta mengawal penghasilan minyak di dalam liang kulit kita
Energizing Soy Protein - Protein sangat membantu dalam penghasilan sel kulit yang baru. Tahukah anda semua dalam masa 21 hari, sel2 kulit kita akan diperbaharui. Sudah tentunya perlukan protein yang cukup untuk proses pertukaran sel kulit. 

ANDA BERMINAT UNTUK MENGETAHUI TIPS2 LANJUT PENJAGAAN KULIT CARA SHAKLEE!!!!
Boleh hubungi saya melalui email kedaivitaminshikin@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi PERCUMA.

Wednesday, June 13, 2012

Fungsi Vitamin E


Vitamin E adalah vitamin larut lemak. Vitamin E merupakan vitamin antioksidan yang aktif. Namun begitu, kehadiran Selenium di dalam Vitamin E, meningkatkan potensi kefungsian Vitamin E itu sendiri. Kedua duanya bersifat antioksidan di mana ianya bekerjasama untuk melambatkan penuaan.

Inilah istimewanya Vita-E Complex keluaran SHAKLEE. Mengandungi Vitamin E semulajadi bersama-sama Selenium.  Antara fungsi Vita-E Complex adalah:
  • Memelihara kesihatan kulit, melambatkan proses penuaan
  • antioksidan yang sangat penting dalam pencegahan kanser dan  penyakit kardiovaskular
  • Bersifat anti-imflammatory
  • Bersifat diuretic, mengurangkan tekanan darah tinggi
  • mengurangkan risiko penyakit katarak
  • Membantu kesuburan lelaki dan wanita
  • Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi ibu2 yang mengandung
  • Menyokong fungsi penghantaran oksigen ke seluruh badan bagi meningkatkan stamina
  • Bekerjasama dengan Vitamin A untuk melindungi paru2 daripada pencemaran udara
  • Mengurangkan risiko masalah jantung dan strok
  • Mengelakkan / mengurangkan masalah darah beku 
Makanan yang kaya dengan vitamin E adalah seperti  kacang soya, minyak sayuran, kekacang (walnut, peacan, peanut), telur, bayam dan sayuran hijau


ANDA BERMINAT NAK CUBA VITA E COMPLEX SHAKLEE!!!!
Boleh hubungi saya melalui email kedaivitaminshikin@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi PERCUMA.

Sunday, March 25, 2012

PMS - Apa yang perlu anda buat

Hari nih saya nak bercerita sedikit tentang masalah PMS (Pre-Menstrual Syndrome) yg di alami oleh wanita2 dlm masa 2 minggu sebelum dtg haid. Setiap wanita mengalami simptom2 yg berbeza. Ada yg teruk dan ada yg biasa2 jer. Mood swing, bloated, makan banyak dan sakit kepala adalah beberapa simptom yg dikaitkan dengan PMS

Bila kena PMS ni, sangatlah tidak selesa. Kadangkala boleh effect orang disekeliling. Contohnya, bila mood kita tak baik, habis semua orang kena marah... hehehehhe.

Actually terdapat beberapa cara yg boleh diamalkan utk mengelakkan / mengurangkan gejala PMS
  1. Bersenam - Apabila kita bersenam secara berkala, hormon endorfin (hormon yg membuatkan kita rasa gembira) akan meningkat seterusnya meningkatkan hormon serotonin, hormon yg berkait rapat dengan permasalahan mood swing ketika PMS
  2. Mengurangkan pengambilan garam - Mineral sodium yang terkandung di dalam garam, meningkatkan kadar 'fluid retention' di mana keadaan ni akan menyebabkan rasa 'bengkak' pada breast. So, agak2 dua minggu sebelum datang period, kurangkan pengambilan makanan yg tinggi kandungan garamnya.
  3. Relax kan diri anda - Boleh cuba yoga, tai chi... takpun pergi spa... Anything yang boleh membantu anda lebih relax... dan tenang
  4. Pengambilan vitamin dan mineral - Terdapat juga punca di mana, PMS ini disbbkan oleh kekurangan vitamin dan mineral tertentu di dalam badan seseorang. Di sini saya akan elaborate secara detail aperkan vitamin dan mineral yang diperlukan bagi membantu dlm masalah PMS
Vitamin B Complex
Membantu menyokong 'nervous system'. Vitamin B6 khususnya membantu menyeimbangkan 'neurotransmitter' seterusnya mengelakkan 'mood swing' dan kemurungan ketika PMS.

Kalsium
Kandungan kalsium dlm badan akan berkurangan dlm jangkamasa 2 minggu sebelum kedatangan haid. Dengan cara meningkatkan pengambilan kalsium dlm diet harian, mampu mengurangkan gejala PMS yang berkaitan dengan sakit pinggang, sakit sendi

Vitamin D
Membantu penyerapan kalsium.

Vitamin E
Berfungsi sebagai anti oksidan. Vitamin E bersifat anti-inflammatory, mampu mengurangkan rasa 'bengkak' pada breast serta rasa sakit ketika PMS

Kromium
Berfungsi mengawal kadar insulin dalam badan seterusnya mengurangkan rasa 'mengidam' atau 'craving' 

Magnesium
Penting untuk penghasilan hormon dan metabolisma badan. Kekurangan magnesium akan menyebabkan dopamine (neurotransmitter yg berfungsi sebagai penenang) juga berkurangan. Kekurangan magnesium juga akan menyebabkan proses sintesis 'linoleic acid' (sejenis essential fatty acid) menjadi kurang efisyen. Untuk pengetahuan semua, kadang2 ader di antara wanita yang mengidam cokelat sebelum dtg bulan. Ini adalah salah satu tanda kekurangan magnesium, kerana cokelat mengandungi magnesium

Zink
Membantu menstabilkan hormon

DHA/EPA
Bersifat anti-inflammatory. Mengurangkan rasa sakit, kemurungan dan 'fluid rentention' akibat PMS

Gamma Linolenic Acid (GLA)
Mengawal hormon prolaktin utk sesetengah wanita yg hormon prolaktin nya tinggi, di mana ia menyebabkan gejala PMS berlaku. Juga bersifat anti-inflammatory. Mengurangkan rasa sakit, kemurungan dan 'fluid rentention' akibat PMS. Evening Primrose Oil adalah salah satu suplemen yang mengandungi GLA

Rangkaian produk SHAKLEE boleh membantu wanita yang mengalami masalah PMS. Dan kelebihan utama SHAKLEE adalah vitamin dan suplemen semulajadi



ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email kedaivitaminshikin@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi PERCUMA. 

Tuesday, February 28, 2012

Ostematrix - Memenuhi Keperluan Kalsium Harian Anda


Sekarang nih, muda2 dah sakit pinggang, sakit sendi, sakit belakang.... Especially to the ladies, lebih mudah mengalamai osteoporosis bila dah berusia. Itu adalah tanda kita telah mengabaikan keperluan kalsium dalam diet harian. Sumber kalsium utama adalah susu, tapi berapa ramai yg constantly minum susu setiap hari... hehehehheh,

But then, bukan setakat kalsium shj yg kita perlukan. Mineral2 lain juga diperlukan untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

OSTEMATRIX mengandungi nutrien pembinaan tulang yang lengkap. OSTEMATRIX bukan sekadar membekalkan kalsium. Ia juga mengandungi, Vitamin D (membantu penyerapan kalsium), Magnesium, Zinc, Copper, Manganese dan Boron yang membantu dalam pembentukan dan pembinaan tulang itu sendiri. Disarankan untuk mengambil 4 kaplet OSTEMATRIX sehari.

Setiap kaplet OSTEMATRIX mengandungi:
  • 250mg Calcium
  • 100 IU Vitamin D
  • 100mg Magnesium
  • 0.4mg Zinc
  • 0.05mg Copper
  • 0.05mg Manganese
  • 0.75mg Boron
Antara fungsi kalsium dalam tubuh badan
  • Untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat
  • membantu mengurangkan risiko utk mendapat kanser kolon
  • Kesihatan jantung - maintain degupan jantung dan aliran darah yg normal
  • membantu utk mengurangkan masalah sukar tidur
  • Membantu dlm pengurusan berat badan 
  • Membantu fungsi otot dan jaringan saraf 
  • Membantu mengurangkan gejala PMS 
Malas nak minum susu, boleh cuba OSTEMATRIX kerana ia kaplet bersaiz kecil dan mudah utk telan


ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email kedaivitaminshikin@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...