• Laman web ini berkisar tentang perkongsian maklumat berkenaan vitamin semulajadi Shaklee. Segala penulisan di dalam laman web ini adalah perkongsian peribadi. Penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini
  • Laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara
  • Secara umumnya, produk yang disebut di dalam laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Produk2 Shaklee tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada rawatan perubatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan.



Friday, December 2, 2011

Suplemen Shaklee Untuk Kesuburan

Shaklee juga menawarkan rangkaian suplemen bagi membantu meningkatkan kesuburan pasangan yg mendambakan kehadiran cahaya mata setelah sekian lama berusaha. Makluman lanjut tentang vitamin dan mineral semulajadi yg mampu meningkatkat kesuburan boleh juga diperolehi melalui entry saya di sini

Suplemen B-Complex Shaklee lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural

Satu tablet zinc complex Shaklee membekalkan 15mg zinc (zinc gluconate). Unutk isteri, zinc menggalakkan tubuh badan menggunakan secara efisien hormon estrogen dan progestron, sekaligus mengurangkan risiko keguguran di awal kehamilan. Bagi suami pula, pengambilan zinc membantu dari segi kuantiti sperma serta mengekalkan penghasilan hormon testosteron

Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah ianya lengkap dgn Selenium. Satu capsule sehari membekalkan 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yg dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih berkualiti.. Selenium pula membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas. 
Selain daripada itu, pengambilan Vitamin E juga membantu dlm kehidupan seksual suami dan isteri. Bagi suami, Vitamin E membantu suami lebih bertenaga, mudah teransang, mempunyai ereksi yg lebih lama serta mampu menghasilkan orgasma yg berkualiti. Bagi isteri pula, Vitamin E membantu menstabilkan  hormon seterusnya membantu meningkatkan daya seksualnya.

Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dlm tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kuliti sel sperma. Sperma yg tidak tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah utk bersenyawa dgn ovum

Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon serta mengawalatur kitaran haid. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenalpasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dpt ditingkatkan. Selain itu, GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma utk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut.

Omega Guard merupakan suplemen 'fish oil' yg mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3. Asid Lemak Omega 3 adalah penting utk penghasilan sperma yg berkualiti dimana pergerakan sperma menjadi lebih tangkas dan cekap. Asid lemak Omega 3 juga mampu meningkatkan perederan darah pada alat kelamin suami seterusnya meningkatkan kesuburan

Cara pengambilan suplemen

Suami
B-Complex, Vita-Lea, Vita-C, Zinc, Vita-E dan Omega Guard - 1 biji sehari

Isteri
B-Complex, Vita-Lea, Vita-C, Zinc, Vita-E - 1 biji sehari
GLA Complex - 2 biji sehari




ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

Thursday, November 17, 2011

Vitamin dan Mineral Semulajadi Bagi Meningkatkan Kesuburan

Pengambilan vitamin dan mineral semulajadi mampu meningkatkan kesuburan bagi pasangan-pasangan yg sedang berusaha mendaptakan zuriat. Suplemen-suplemen ini bertindak secara aktif bagi menstabilkan hormon serta meningkatkan taraf kesihatan badan di mana ianya sangat penting bagi meningkatkan peluang utk sperma dan ovum disenyawakan. Suplemen adalah satu keperluan apabila individu gagal untuk mendapatkan segala nutrient yg diperlukan dlm bdn melalui diet harian. Di tambah dgn amalan cara hidup yg kurang sihat seperti merokok dan pengambilan alcohol, kadar masalah kesuburan semakin meningkat dari tahun ke tahun
 
VITAMIN B-COMPLEKS

(Vitamin B6 – 50mg / hari)
(Vitamin B12 – 50mcg / hari)
(Asid Folik – 400mcg / hari)

Pengambilan Vitamin B-Complex terutamanya  asid folik,  Vitamin B6 dan B12 amatlah digalakkan sebelum berusaha mendapatkan anak. Biasanya pengambilan asid folik diteruskan sehingga kandungan mencecah 12 minggu. Pengambilan asid folik bersama-sama dengan vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural

ZINC

(15-30 mg/hari)

Kekurangan zinc merubah keadaan kromosom dlm tubuh badan dan boleh mengurangkan kadar kesuburan baik lelaki mahupun wanita. Zinc menggalakkan tubuh badan menggunakan secara efisien hormon estrogen dan progestron untuk wanita. Kekurangan zinc di awal kehamilan meningkatkan risiko keguguran. Bagi lelaki pula, zinc amat penting utk mengekalkan penghasilan hormone testosterone. Kekurangan zinc boleh mengurangkan bilangan sperma. Zinc ditemui dalam kepekatan yg tinggi di dlm sperma, dimana ianya diperlukan utk pembentukan bahagian luaran serta ekor sperma.

VITAMIN E

(15 mg/hari)

Vitamin E adalah salah satu anti-oksida yang membantu dlm mengatasi masalah kesuburan sama ada utk wanita mahupun lelaki. Fungsi anti-oksida ini dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih berkualiti. Terdapat kajian yg menunjukkan apabila pasangan yg melakukan prosedur IVF mengamalkan vitamin E, peratusan kejayaan prosedur tersebut meningkat dari 19% ke 29%.

VITAMIN C

(1000 mg/hari)

Vitamin C juga merupakan anti-oksidan seperti vitamin E. Kekurangan vitamin C menyebabkan sperma ‘bergumpal’ atau ‘berkumpul’ dan tiada kekuatan utk berenang secara spontan dan tangkas dimana keadaan ini akan mengurangkan peratus sperma dan ovum berjaya disenyawakan. Bagi perokok, pengambilan vitamin C amatlah digalakkan. Bahan kimia dan racun yg terkandung di dalam rokok boleh menjejaskan kualiti sperma. Sifat anti-oksida vitamin C ini akan meneutralkan bahan2 kimia tersebut. Kajian menunjukkan apabila seorg perokok mengambil vitamin C sebnyk 500mg sehari, ianya dpt mengurangkan ‘penggumpalan’ sperma serta meningkatkan kuantiti dan kualiti pergerakan sperma.
Bagi wanita yang dipreskripsikan dgn clomiphene, sejenis ubatan berfungsi utk menstimulasikan ovulasi, kadar ovulasi adalah lebih tinggi apabila di ambil bersama-sama dengan Vitamin C

SELENIUM

(55 – 100 microgram sehari)

Juga salah satu anti-oksidan yang menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas. Selenium mengelakkan kerosakan kromosom, seterusnya membantu dlm mengurangkan risiko kecacatan janin dlm kandungan dan keguguran. Selenium juga membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas

ESSENTIAL FATTY ACID (EFA)

EFA amat penting utk kesihatan tubuh badan serta kekuatan sistem reproduktif. EFA terbahagi kepada dua kategori umum iaitu Asid Lemak Omega-3 dan Asid Lemak Omega-6. Pengambilan Asid lemak Omega 3 dan Omega 6 mampu mempengaruhi kesuburan suami dan isteri. Kepentingan Omega-3 dan Omega-6 adalah seperti berikut
·         Menstabilkan hormon dan mengawal kitaran haid
·         Meningkatkan pengaliran darah ke uterus, menjadikan uterus bersedia utk penempelan sperma dan ovum yg telah disenyawakan
·         Memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan.
·         Omega 3 adalah penting utk penghasilan sperma yg berkualiti dimana pergerakan sperma menjadi lebih tangkas dan cekap
·         Kedua-dua Omega 3 dan Omega 6 mampu meningkatkan perederan darah pada alat kelamin lelaki seterusnya meningkatkan kesuburan

Friday, November 11, 2011

Pengurusan Berat Badan - Set Asas

Hehehehe... menarik kan topik di atas. Ramai di luar sana yg inginkan berat yg ideal. Tak semestinya kena kurus dan langsing mcm model2 catwalk. Cukuplah sekadar tidak 'overweight'. Bila kita 'overweight' mcm2 masalah kesihatan yang timbul seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Rata2 individu yg mempunyai masalah berat badan, cepat kepenatan, sukar melakukan aktiviti yg lasak dan yg paling tak best sekali, susah nk cari size baju!!!! Ada juga individu yang mengalami gangguan emosi kerana masalah berat badan.

Perkara yang paling asas sekiranya mahu menurunkan berat badan adalah seperti berikut
  • Mkn cukup 3 kali sehari, secara teratur dan mengikut jadual. Tidak skip mana2 waktu makan.
  • Lebihkan sayur dan buah, kurangkan lemak, gula dan garam
  • Banyakkan minum air kosong (digalakkan air suam)
  • Bersenam
Terdapat juga rangkaian produk di pasaran yg boleh menjadi 'pemangkin' untuk proses penurunan berat badan, di samping mengamalkan saranan di atas. Terdapat pelbagai cara untuk menurunkan berat badan dengan suplemen Shaklee. Secara asasnya boleh mencuba set suplemen-suplemen di bawah



Set K1 - Vita-Lea, Lecithin, Alfalfa
Set K2 - Vita-Lea, Lecithin, Alfalfa, Herb-Lax


VITA-LEA - Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin dan 7 galian yg diperlukan oleh tubuh badan. Pengambilan multivitamin ini adalah untuk memastikan keperluan asas tubuh badan tidak berkurangan meskipun berdiet
ALFALFA -Memudahkan proses pengangkutan lemak utk proses nyahtinja
LECITHIN - Berfungsi untuk memecahkan lemak dan menolong mengurangkan berat badan
HERB-LAX - Memudahkan pergerakan usus di mana segala toksin dan lemak yg melekat di dinding usus, dikeluarkan semasa membuang air besar

Untuk breastfeeding mommy yg mengambil set B, boleh menambah Lecithin. Sekiranya mahu menambah herb-lax, anda perlu monitor sama ada bayi anda boleh tolerate atau tidak. Herb-lax adakalanya boleh memberi kesan kepada bayi yg disusukan.


ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

Wednesday, November 9, 2011

Suplemen Shaklee untuk pesakit gout

Gout adalah sejenis penyakit di mana terdapat asid urik yg berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan yg berasal dari sejenis protein yg dipanggil purin. Secara semulajadi asid urik akan larut dalam darah. Bahan kumuhan ini sepatutnya keluar dari badan kita melalui air kencing. Apa yang terjadi kepada pesakit gout ialah asid urik ini tidak keluar melalui air kencing, tetapi berkumpul secara berlebihan di dalam sendi dimana ia membentuk jarum kristal dan menyebabkan rasa sakit pada sendi.


Lazimnya gout menyerang ibu kaki dimana ia menajdi merah, panas, bengkak dan rasa sakit. Gout juga boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Pengumpulan asid urik ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan benjolan kecil yang dipanggil ‘tophi’.


Rawatan awal utk pesakit gout adalah ubatan yg bersifat anti-imflammatory seperti colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids, di mana ia berfungsi untuk mengurangkan keradangan sendi.


Rawatan utama pesakit gout adalah sejenis dadah allopurinol (xanthine oxidase inhibitor) di mana ia bertindak mengurangkan pengahasilan asid urik dan meningkatkan pengeluaran asid urik melalui air kencing


Untuk jangkamasa panjang pula, pesakit gout juga dinasihatkan utk mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin seperti organ dalaman (hati, paru2, otak), makanan bercengkerang (kerang, udang, ketam), ikan bilis, ikan kembung dan sardin. Pengambilan cecair yg banyak seperti air kosong juga amatlah digalakkan dimana ianya dapat mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik dari badan


Shaklee juga mempunyai alternatif di samping ubat-ubatan yang disarankan oleh pakar perubatan. Pesakit gout disarankan mengambil suplemen-suplemen berikut:



·    ALFALFA – menyingkirkan toksid yang berlebihan di dalam tubuh badan secara lembut dan semulajadi. Pengambilan alfalfa perlu disertai dengan pengambilan air yang bnyk bagi melancarkan fungsi detoksifikasi

·   PERFORMANCE DRINK – memelihara kandungan bendalir dalam badan ke tahap yang optimum, disamping pengambilan cecair seperti air kosong. Pesakit gout perlu mengelakkan kekurangan air dlm badan di mana ia lebih menyukarkan proses penyingkiran asid urik dari tubuh badan.

·    FIBER PLAN UNFLAVORED – vitamin, mineral dan fiber yg terkandung di dlm Fiber Plan berfungsi menyerap lebihan gula, lebihan lemak dan segala yang tidak diperlukan dalam tubuh badan seperti asid urik di mana lebihan ini disingkirkan melalui proses perkumuhan.

·         OMEGA GUARD – mempunyai fungsi anti-imflammatory, dimana ia mengurangkan keradangan sendi yang dihadapi pesakit gout


ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

Tuesday, October 4, 2011

Set G untuk Resdung, Alergi, Asma dan Ekzema dan Gegata

Vitamin A, C dan E telah terbukti membantu dalam mengatasi masalah keradangan seperti resdung, alergi, asma, ekzema dan gegata. B-Complex pula mampu menstabilkan hormon serta meransang sistem imunisasi dlm badan. Sekiranya anda mempunyai mana2 salah satu di atas, boleh la mencuba Set G yg terdiri daripada Vita-C, B-Complex dan Alfalfa. Bagi ibu2 yg menyusukan anak dan anaknya mempunyai salah satu masalah di atas, disarankan juga mengambil set ini dimana nutrien yg terkandung di dalam vitamin2 di atas dpt disalurkan kepada anak melalui penyusuan, seterusnya membantu mengurangkan masalah alergi yg dihadapi

Vita-C
  • Berfungsi sebagai anti-oksida
B-Complex
  • Penstabil hormon
 Alfalfa
  • Klorofil yg terkandung di dlm Alfalfa membantu mengurangkan keradangan akibat daripada masalah2 di atas
  • Di dalam Alfalfa juga terkandung Vitamin A dan Vitamin E
 Harga set penjagaan kulit ini adalah RM 80 untuk pek mini / RM 170 untuk pek penuh

Untuk pek mini (kegunaan 30 hari) set ini mengandungi:

60 biji Vita C
30 biji B-Complex

120 biji Alfalfa


ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

Saturday, September 17, 2011

Sesi Pam Susu Di Tempat Kerja

Hari nih saya nk kongsikan sesi pengepaman saya di pejabat. Untuk pengetahuan semua, di tempat saya bekerja tiada bilik khas utk kami ibu2 yg menyusukan anak utk pam susu semasa waktu bekerja. Almaklumlah, staff nyer majoriti lelaki. Ada yg mengepam di dlm surau dan stor dokumen. Saya pulak, pam di meja sendiri memandangkan itu yg praktikal utk saya (senang sekiranya ada org cari saya, at least takder laaa diorg tercari2 atau tertunggu tunggu). Masa mengepam, saya pakai nursing poncho / nursing cover, so tertutup laa kan. Sambil2 pam, saya masih boleh buat kerja menaip atau membaca email dgn sebelah tangan.


Dlm satu hari bekerja saya boleh allocate dua sesi pengepaman, antara pukul 930pg-11pg dan pukul 130ptg-300ptg. Sekiranya kurang sibuk, dptlah 3 sesi. Kdg2 dpt satu sesi jer, di mana hari tuh sure bnyk meeting. Kdg2 rasa nk bwk jer pam pastu pam time meeting. Hehehehehe... tapi mcm segan laa pulak.

Lepas saya pam, susu perahan saya masukkan dlm cooler bag saya. Pejabat saya ada peti ais, tapi saya malas nk berjalan ke pantry nk letakkan susu saya tuh. Dlm cooler bag saya ada 3 keping ice packs. Tahan sampai habis waktu kerja tau. Pernah jgk extend sampai pukul 9 mlm. Susu masih lagi sejuk dan tak terjejas


Corong, connector dan valve saya akan basuh dan keringkan (spt gmbr di bawah). Kalau tak basuh pun takper, letak jer dlm cooler bag. Tapi saya prefer basuh, sbb nk elakkan rasa melekit utk sesi pengepaman yg seterusnya.


Saya berkongsi bilik dgn 3 org lelaki tau. Mula2 mcm segan, tapi diorg pun tak ambil kisah dgn apa yg saya buat. Ada kontraktor yg dtg ke bilik saya pun bercerita tentang isteri mereka yg breastfeed, bila melihat saya sedang mengepam di meja saya. Hehehe, jadi sharing session pulak. Saya percaya, suami2 zaman sekarang ramai yg very supportive tentang breastfeeding, termasuklah suami saya :) Dia lah pemberi semangat ketika saya stress atau berdukacita bila susu tak cukup....

Saya harap sgt, satu hari nanti ada bilik khas utk kami pam susu di pejabat saya. Ianya agak mustahil memandangkan kami nih tak ramai. Majoriti staff pun lelaki. Tapi siapa tahu, kot2 ada rezeki... dpt bilik khas... Gembira tak terkata kalo impian ni tercapai


Thursday, September 15, 2011

Set F - Istimewa Untuk Wanita

Bukan mudah untuk menjadi seorg wanita. Terutamanya yg sudah berkeluarga dan mempunyai kerjaya. Buat banyak kerja dalam satu masa, kdg2 boleh buat kita terabai satu2 perkara. And most of the time, majority of us lupa nk jaga penampilan dan kesihatan diri luar dan dalam. Almaklumlah, sibuk jaga suami dan anak2, kerja rumah, kerja pejabat, kehidupan sosial dan mcm2 lagi. Lastnya, tentang diri sendiri, lupa terus. 

So, khas untuk wanita2 di luar sana, ambillah Vita- E Complex dan Alfalfa untuk kesihatan dan kecantikan luar dan dalam. Bila kita sihat luar dan dalam, rupa pun berseri-seri semua pun senang tengok kita. Terutamanya suami kita, senyum memanjang




Vita-E Complex
  • Untuk awet muda - melambatkan proses penuaan
  • Membantu mengurangkan kesan parut / jeragat di kulit
  • Bertindak sebagai anti-oksida
  • Membantu dlm perhubungan suami isteri  :)
  • Membantu wanita yg melalui menopous
 Alfalfa
  • Untuk kesihatan dalaman wanita
  • membantu melancarkan kitaran haid
  • Membantu membuang toksik dlm badan
  • Mudah buang air besar (mudah buang angin juga... heheh), seterusnya bantu utk pengurusan berat badan
Harga set khas untuk wanita ini adalah RM 120 (penggunaan 60 hari) dan RM 70 (penggunaan 30 hari) untuk pek mini / RM 172 untuk pek penuh

Untuk pek mini (kegunaan 30 hari) set ini mengandungi:

30 biji Vita-E
90 biji Alfalfa


 Untuk pek mini (kegunaan 60 hari) set ini mengandungi:

60 biji Vita-E
180 biji Alfalfa


ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

Set E - Keperluan kalsium untuk ibu2 yg menyusukan anak

Kalsium sangat diperlukan oleh ibu2 yg menyusukan anak kerana bayi bergantung sepenuhnya kepada khasiat yg diberikan kepada mereka melalui susu ibu. Ibu yg menyusukan anak memerlukan tambahan 750mg kalsium di dlm diet harian mereka (jumlah yg diperlukan adalah 1200mg).

Amat penting utk ibu2 yg menyusukan anak memastikan kalsium cukup dlm diet harian mereka utk mengelakkan masalah di kemudian hari. Pengambilan diet yg kurang kalsium tidak akan mempengaruhi kualiti dan kuantiti susu ibu kerana kekurangan ini akan ditampung oleh kalsium yg dtg dari tulang si ibu. Tulang manusia bersifat 'bank' utk kalsium. Sekiranya ibu2 berterusan tidak menjaga keperluan kalsium utk dirinya lama kelamaan kalsium yg terkandung dlm tulang akan berkurangan dan menimbulkan masalah seperti, sakit belakang, sendi, rasa tidak bermaya dan juga boleh menjurus  kepada osteoporosis.

Pengambilan makanan yg kaya dengan kalsium seperti susu, brokoli, tauhu amatlah digalakkan untuk mengatasi kekurangan kalsium. 

Di samping itu, terdapat juga suplemen rangkaian Shaklee yg mampu memenuhi keperluan kalsium dlm tubuh badan ibu2 yg menysukan anak.. Pengambil Set B (B-Complex, Vita C, Vita-Lea & Alfalfa) disarankan menambah Ostematrix untuk keperluan kalsium harian mereka. Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, 400mg magnesium yg membantu menguatkan tulang serta 400IU Vitamin D yg membantu penyerapan kalsium.


Set E = Set B + Ostematrix


Harga Set E  ini adalah RM 140 untuk pek mini / RM 290 untuk pek penuh

Untuk pek mini (kegunaan 30 hari) set ini mengandungi:

30 biji Vita-Lea
30 biji Vita C
30 biji B-Complex

60 biji Alfalfa
120 biji Ostematrix


ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

Tuesday, September 13, 2011

Set D - Untuk Individu Yang Inginkan Kulit yg Sihat dan Berseri-Seri


Secara umumnya terdapat pelbagai cara yg dipraktikkan untuk penjagaan kulit untuk kelihatan sihat berseri dan menawan. Penjagaan luaran termasuklah pemakaian produk2 kosmetik yg berfungsi membersih serta melembutkan struktur kulit, tidak kiralah kulit muka mahupun badan. Di samping itu juga, penjagaan dari segi dalaman seperti pengambilan suplemen serta bahan makanan tertentu juga mampu memberikan impak yg maksima utk kulit kelihatan cantik


Di sini, saya menyarankan pengambilan sekurang - kurangnya Vita-E, Vita C dan B Complex untuk penjagaan kulit. 

Vita E
  • Melambatkan proses penuaan serta mengurangkan kesan jeragat
  • Sgt membantu sekiranya mengalami kulit yg berminyak di mana ia berfungsi mengawal penghasilan minyak di dlm liang kulit
 Vita C
  • mengekalkan kekenyalan kulit melalui penghasilan kolagen
B- Complex
  •  Menstabilkan hormon di dalam badan bagi mengelakkan terjadinya masalah jerawat
  • membantu mengurangkan garis2 halus di wajah
Harga set penjagaan kulit ini adalah RM 80 untuk pek mini / RM 246 untuk pek penuh

Untuk pek mini (kegunaan 30 hari) set ini mengandungi:

30 biji Vita-E
30 biji Vita C
30 biji B-Complex

Selain itu, boleh juga ditambah dengan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP). Protein sgt penting untuk penghasilan sel kulit yg baru.  Sel kulit wajah hanya hidup dalam masa 21 hari di mana kemudiannya akan bertukar kepada sel yg baru. Protein juga boleh diperolehi dengan pengambilan sumber makanan seperti ayam, ikan dan daging. Namun begitu, protein akan termusnah di dalam suhu yg tinggi (>37 degC). Pengambilan ESP dapat membantu kulit kita mendapatkan khasiat protein yg optimum.

Harga Set D + ESP adalah seperti berikut:
  • Set D (pek mini) + ESP = RM 211
  • Set D (pek penuh) + ESP = RM 367

ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...