• Laman web ini berkisar tentang perkongsian maklumat berkenaan vitamin semulajadi Shaklee. Segala penulisan di dalam laman web ini adalah perkongsian peribadi. Penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini
  • Laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara
  • Secara umumnya, produk yang disebut di dalam laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Produk2 Shaklee tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada rawatan perubatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan.



Thursday, November 17, 2011

Vitamin dan Mineral Semulajadi Bagi Meningkatkan Kesuburan

Pengambilan vitamin dan mineral semulajadi mampu meningkatkan kesuburan bagi pasangan-pasangan yg sedang berusaha mendaptakan zuriat. Suplemen-suplemen ini bertindak secara aktif bagi menstabilkan hormon serta meningkatkan taraf kesihatan badan di mana ianya sangat penting bagi meningkatkan peluang utk sperma dan ovum disenyawakan. Suplemen adalah satu keperluan apabila individu gagal untuk mendapatkan segala nutrient yg diperlukan dlm bdn melalui diet harian. Di tambah dgn amalan cara hidup yg kurang sihat seperti merokok dan pengambilan alcohol, kadar masalah kesuburan semakin meningkat dari tahun ke tahun
 
VITAMIN B-COMPLEKS

(Vitamin B6 – 50mg / hari)
(Vitamin B12 – 50mcg / hari)
(Asid Folik – 400mcg / hari)

Pengambilan Vitamin B-Complex terutamanya  asid folik,  Vitamin B6 dan B12 amatlah digalakkan sebelum berusaha mendapatkan anak. Biasanya pengambilan asid folik diteruskan sehingga kandungan mencecah 12 minggu. Pengambilan asid folik bersama-sama dengan vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural

ZINC

(15-30 mg/hari)

Kekurangan zinc merubah keadaan kromosom dlm tubuh badan dan boleh mengurangkan kadar kesuburan baik lelaki mahupun wanita. Zinc menggalakkan tubuh badan menggunakan secara efisien hormon estrogen dan progestron untuk wanita. Kekurangan zinc di awal kehamilan meningkatkan risiko keguguran. Bagi lelaki pula, zinc amat penting utk mengekalkan penghasilan hormone testosterone. Kekurangan zinc boleh mengurangkan bilangan sperma. Zinc ditemui dalam kepekatan yg tinggi di dlm sperma, dimana ianya diperlukan utk pembentukan bahagian luaran serta ekor sperma.

VITAMIN E

(15 mg/hari)

Vitamin E adalah salah satu anti-oksida yang membantu dlm mengatasi masalah kesuburan sama ada utk wanita mahupun lelaki. Fungsi anti-oksida ini dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih berkualiti. Terdapat kajian yg menunjukkan apabila pasangan yg melakukan prosedur IVF mengamalkan vitamin E, peratusan kejayaan prosedur tersebut meningkat dari 19% ke 29%.

VITAMIN C

(1000 mg/hari)

Vitamin C juga merupakan anti-oksidan seperti vitamin E. Kekurangan vitamin C menyebabkan sperma ‘bergumpal’ atau ‘berkumpul’ dan tiada kekuatan utk berenang secara spontan dan tangkas dimana keadaan ini akan mengurangkan peratus sperma dan ovum berjaya disenyawakan. Bagi perokok, pengambilan vitamin C amatlah digalakkan. Bahan kimia dan racun yg terkandung di dalam rokok boleh menjejaskan kualiti sperma. Sifat anti-oksida vitamin C ini akan meneutralkan bahan2 kimia tersebut. Kajian menunjukkan apabila seorg perokok mengambil vitamin C sebnyk 500mg sehari, ianya dpt mengurangkan ‘penggumpalan’ sperma serta meningkatkan kuantiti dan kualiti pergerakan sperma.
Bagi wanita yang dipreskripsikan dgn clomiphene, sejenis ubatan berfungsi utk menstimulasikan ovulasi, kadar ovulasi adalah lebih tinggi apabila di ambil bersama-sama dengan Vitamin C

SELENIUM

(55 – 100 microgram sehari)

Juga salah satu anti-oksidan yang menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas. Selenium mengelakkan kerosakan kromosom, seterusnya membantu dlm mengurangkan risiko kecacatan janin dlm kandungan dan keguguran. Selenium juga membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas

ESSENTIAL FATTY ACID (EFA)

EFA amat penting utk kesihatan tubuh badan serta kekuatan sistem reproduktif. EFA terbahagi kepada dua kategori umum iaitu Asid Lemak Omega-3 dan Asid Lemak Omega-6. Pengambilan Asid lemak Omega 3 dan Omega 6 mampu mempengaruhi kesuburan suami dan isteri. Kepentingan Omega-3 dan Omega-6 adalah seperti berikut
·         Menstabilkan hormon dan mengawal kitaran haid
·         Meningkatkan pengaliran darah ke uterus, menjadikan uterus bersedia utk penempelan sperma dan ovum yg telah disenyawakan
·         Memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan.
·         Omega 3 adalah penting utk penghasilan sperma yg berkualiti dimana pergerakan sperma menjadi lebih tangkas dan cekap
·         Kedua-dua Omega 3 dan Omega 6 mampu meningkatkan perederan darah pada alat kelamin lelaki seterusnya meningkatkan kesuburan

Friday, November 11, 2011

Pengurusan Berat Badan - Set Asas

Hehehehe... menarik kan topik di atas. Ramai di luar sana yg inginkan berat yg ideal. Tak semestinya kena kurus dan langsing mcm model2 catwalk. Cukuplah sekadar tidak 'overweight'. Bila kita 'overweight' mcm2 masalah kesihatan yang timbul seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Rata2 individu yg mempunyai masalah berat badan, cepat kepenatan, sukar melakukan aktiviti yg lasak dan yg paling tak best sekali, susah nk cari size baju!!!! Ada juga individu yang mengalami gangguan emosi kerana masalah berat badan.

Perkara yang paling asas sekiranya mahu menurunkan berat badan adalah seperti berikut
  • Mkn cukup 3 kali sehari, secara teratur dan mengikut jadual. Tidak skip mana2 waktu makan.
  • Lebihkan sayur dan buah, kurangkan lemak, gula dan garam
  • Banyakkan minum air kosong (digalakkan air suam)
  • Bersenam
Terdapat juga rangkaian produk di pasaran yg boleh menjadi 'pemangkin' untuk proses penurunan berat badan, di samping mengamalkan saranan di atas. Terdapat pelbagai cara untuk menurunkan berat badan dengan suplemen Shaklee. Secara asasnya boleh mencuba set suplemen-suplemen di bawah



Set K1 - Vita-Lea, Lecithin, Alfalfa
Set K2 - Vita-Lea, Lecithin, Alfalfa, Herb-Lax


VITA-LEA - Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin dan 7 galian yg diperlukan oleh tubuh badan. Pengambilan multivitamin ini adalah untuk memastikan keperluan asas tubuh badan tidak berkurangan meskipun berdiet
ALFALFA -Memudahkan proses pengangkutan lemak utk proses nyahtinja
LECITHIN - Berfungsi untuk memecahkan lemak dan menolong mengurangkan berat badan
HERB-LAX - Memudahkan pergerakan usus di mana segala toksin dan lemak yg melekat di dinding usus, dikeluarkan semasa membuang air besar

Untuk breastfeeding mommy yg mengambil set B, boleh menambah Lecithin. Sekiranya mahu menambah herb-lax, anda perlu monitor sama ada bayi anda boleh tolerate atau tidak. Herb-lax adakalanya boleh memberi kesan kepada bayi yg disusukan.


ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

Wednesday, November 9, 2011

Suplemen Shaklee untuk pesakit gout

Gout adalah sejenis penyakit di mana terdapat asid urik yg berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan yg berasal dari sejenis protein yg dipanggil purin. Secara semulajadi asid urik akan larut dalam darah. Bahan kumuhan ini sepatutnya keluar dari badan kita melalui air kencing. Apa yang terjadi kepada pesakit gout ialah asid urik ini tidak keluar melalui air kencing, tetapi berkumpul secara berlebihan di dalam sendi dimana ia membentuk jarum kristal dan menyebabkan rasa sakit pada sendi.


Lazimnya gout menyerang ibu kaki dimana ia menajdi merah, panas, bengkak dan rasa sakit. Gout juga boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Pengumpulan asid urik ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan benjolan kecil yang dipanggil ‘tophi’.


Rawatan awal utk pesakit gout adalah ubatan yg bersifat anti-imflammatory seperti colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids, di mana ia berfungsi untuk mengurangkan keradangan sendi.


Rawatan utama pesakit gout adalah sejenis dadah allopurinol (xanthine oxidase inhibitor) di mana ia bertindak mengurangkan pengahasilan asid urik dan meningkatkan pengeluaran asid urik melalui air kencing


Untuk jangkamasa panjang pula, pesakit gout juga dinasihatkan utk mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin seperti organ dalaman (hati, paru2, otak), makanan bercengkerang (kerang, udang, ketam), ikan bilis, ikan kembung dan sardin. Pengambilan cecair yg banyak seperti air kosong juga amatlah digalakkan dimana ianya dapat mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik dari badan


Shaklee juga mempunyai alternatif di samping ubat-ubatan yang disarankan oleh pakar perubatan. Pesakit gout disarankan mengambil suplemen-suplemen berikut:



·    ALFALFA – menyingkirkan toksid yang berlebihan di dalam tubuh badan secara lembut dan semulajadi. Pengambilan alfalfa perlu disertai dengan pengambilan air yang bnyk bagi melancarkan fungsi detoksifikasi

·   PERFORMANCE DRINK – memelihara kandungan bendalir dalam badan ke tahap yang optimum, disamping pengambilan cecair seperti air kosong. Pesakit gout perlu mengelakkan kekurangan air dlm badan di mana ia lebih menyukarkan proses penyingkiran asid urik dari tubuh badan.

·    FIBER PLAN UNFLAVORED – vitamin, mineral dan fiber yg terkandung di dlm Fiber Plan berfungsi menyerap lebihan gula, lebihan lemak dan segala yang tidak diperlukan dalam tubuh badan seperti asid urik di mana lebihan ini disingkirkan melalui proses perkumuhan.

·         OMEGA GUARD – mempunyai fungsi anti-imflammatory, dimana ia mengurangkan keradangan sendi yang dihadapi pesakit gout


ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...