• Laman web ini berkisar tentang perkongsian maklumat berkenaan vitamin semulajadi Shaklee. Segala penulisan di dalam laman web ini adalah perkongsian peribadi. Penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini
  • Laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara
  • Secara umumnya, produk yang disebut di dalam laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Produk2 Shaklee tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada rawatan perubatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan.



Thursday, August 25, 2011

Raya Oh Raya

Tinggal lagi beberapa hari nak raya. Esok adalah hari terakhir saya bekerja sebelum cuti raya. Seronok rasanya nk beraya tahun nih sbb tahun lepas saya kurang merasai kemeriahan raya. I was pregnant last year. OTW balik rumah parents saya, saya bleeding and doctor asked me to bed rest. Jgn bnyk gerak sgt. Dah laaa tak dpt nk berjln umah sedara mara sgt, plan nk balik kg suami pun tak jadi sbb doctor advice jgn travel. So tahun nih, org kata nk BALAS DENDAM... hehehe

Dah terbayang bayang juadah ketika musim Hari Raya. Ketupat, rendang, nasi himpit, lontong, dan mcm2 lagi yg bisa membuat ku terliur (isk, kurang pahala puasa dok fikir pasal mkn). Berminyak dan lemak berkrim semuanya (itu yg sedap tu). Tapikan, saya rasa semua sedar sekiranya bnyk sgt makan makanan sebegini boleh memudaratkan kesihatan. Makanan2 ni boleh meningkatkan kolestrol dan seterusnya menimbulkan pelbagai masalah lain seperti, serangan jantung dan darah tinggi. 

Teringat kisah ayah saya sendiri. Waktu tu saya berada di perantauan kerana menyambung pelajaran. Sewaktu majlis perkahwinan sepupu saya, ayah saya bnyk mkn daging (sblm nih pun memang bnyk mkn daging, roti canai, mee goreng mamak.. memang itu laa favourite ayah saya). Ptg tuh ayah saya diserang sakit jantung. Ada pembuluh darah yg tersumbat. Masih panjang lagi umur ayah saya, he survived (Alhamdulillah). Sejak dari hari tu, dia betul2 jaga pemakanan. Takut pisang berbuah dua kali. Dgn saya sekali selalu di ceramahnya supaya jaga pemakanan. 


Selain menjaga pemakanan, terdapat juga suplemen yg boleh membantu mengawal kolestrol dlm bdn. Rangkaian suplemen Shaklee di bawah mampu utk mengawal kolestrol dalam darah seterusnya mengurangkan risiko serangan penyakit kronik akibat pengambilan makanan yg berlemak dan berminyak secara tidak terkawal.



sumber: anakkuwiraku.com

Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.

Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).  Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.Memperlahankan proses penuaan.


ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

Monday, August 22, 2011

Set C - Keperluan Untuk Ibu Berpantang / Selepas Pembedahan



Untuk ibu-ibu dalam berpantang setelah melahirkan anak dan juga selepas pembedahan, disarankan mengambil B Complex, Vita-C, Zinc dan Vita-lea.


B-Complex 
  • mengandungi kesemua 8 jenis vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan
  • mengandungi asid folik yg membantu penghasilan sel darah yg baru
  • membantu untuk mengurangkan kemurungan dan tekanan, elakkan dr meroyan
 Vita- C
  • membantu dlm proses penyerapan zat besi dlm badan bagi penghasilan sel darah merah. 
 Zinc
  •  Membantupenyembuhan luka dalam badan
  • meningkatkan sistem imun badan
  • mengurangkan masalah keguguran rambut yg sering di alami oleh ibu-ibu selepas bersalin
 Vita-Lea
  • mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh orang dewasa
  • mengandungi zat besi, untuk penghasilan sel darah merah yg baru setelah kehilangan darah selepas bersalin / pembedahan

Harga set berpantang / after surgery ini adalah RM 100 untuk pek mini / RM 225 untuk pek penuh

Untuk pek mini (kegunaan 40 hari) set ini mengandungi:
40 biji Vita-Lea
40 biji Vita C
40 biji B-Complex
40 biji Zinc
 

ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

Saturday, August 6, 2011

Rukhsah Puasa

Secara jujurnya, saya rasakan pengalaman berpuasa sewaktu saya mengandung dan menyusukan anak agak berbeza. Waktu saya mengandung, ibadah puasa dapat saya lakukan dlm keadaan yg amat selesa dan tiada masalah. Bila puasa dan menyusukan anak, terasa sedikit keletihan. Saya perlu jaga pemakanan saya disamping mengambil suplemen tertentu (saya amalkan minum ESP dan PD) utk 'eliminate' rasa letih dan lesu. Ini juga diakui beberapa teman saya yg berpuasa dan menyusukan anak sepenuhnya. Ditambah lg dgn keluhan 'tidak cukup susu'. Ada yg ragu2 untuk berbuka puasa, memikirkan bila masa nk ganti puasa, mcm mana nk ganti puasa, nk kena byr fidyah jugak ke?, tak cukup susu boleh bagi anak formula, so kena laaa puasa... mcm2 soalan berlegar di fikiran masing2 (termasuklah saya)

Di sini saya ingin kongsi informasi, petikan dr blog Mommy Lyna berkenaan rukhsah puasa utk ibu2 yg menyusukan anak.

 Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa yakni kelonggaran untuk berbuka puasa kepada ibu menyusu (sama seperti ibu hamil) ada dua sebab:-
  1. Risau tentang keselamatan dirinya
  2. Risau tentang keselamatan anaknya
Dari Anas R.A.:
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya‘.”

Ibu menyusu yang mengalami kekurangan susu tidak perlu memberikan anaknya formula semata-mata kerana nak terus berpuasa, kerana ibadah di bulan Ramadhan ni bukan semata-mata berlapar dahaga (puasa) tapi ia lebih lagi. Rukhsah juga satu ibadah berdasarkan hadis:
Sesungguhnya Allah menyukai rukhsah-Nya dilaksanakan sebagaimana Allah membenci maksiat dilakukan” (HR Ahmad)

Akan tetapi, tak semua ibu menyusu yang kurang susu semasa puasa boleh berbuka. Ibu yang wajib meneruskan puasa:
  • Ibu yang dah campur susu, kerana anaknya memang dah minum susu formula.
  • Ibu yang ada stok susu berbotol-botol, kerana anaknya masih ada bekalan susu ibu untuk diminum.
Islam itu indah dan mudah. Ibu yang tidak menyimpan stok, atau tak sempat menyimpan stok, tak perlu gusar dan susah hati bila susu merudum sebab puasa, kerana Allah telah memberi hadiah yakni rukhsah puasa – berbuka (tak payah puasa) bila keadaan itu memberi mudarat kepada anak (tak cukup susu). Dan janganlah guna ayat ‘ponteng puasa’ bila terpaksa berbuka dalam keadaan begitu. Bukan ponteng atau mengelat sebab ada peruntukkan di situ. Malah itu adalah perkara yang amat disukai Allah.

Ibu yang berbuka kerana susu tak cukup wajib mengqodho puasa dan membayar fidyah (kerana berbuka oleh sebab orang lain).

Harap informasi ini dapat di manfaatkan oleh semua...

ANDA BERMINAT untuk mencuba Energizing Soy Protein dan Performance Drink!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

Thursday, August 4, 2011

Alhamdulillah...

 Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri mengambil ESP dan PD. Seperti yg saya ceritakan sebelum ni, saya mula mengambil ESP minggu lepas (seminggu sebelum puasa) bagi mempersiapkan diri utk berpuasa. Alhamdulillah rezeki yg dikurniakan Allah, kuantiti susu meningkat, selepas beberapa hari berbanding sebelum ini. Bulan Jun yg lepas, saya telah dimasukkan ke wad akibat demam panas. Sejak itu, kuantiti susu yg diperah tidak stabil dan hanya 'cukup mkn' mungkin disbbkan keadaan saya yg tidak sihat dan pengambilan antibiotik (lama jgk kena mkn antibiotik). Abes frozen EBM saya pakai... utk cukupkan consumption sehari di rumah pengasuh

Unfortunately, Sabtu lepas buat pertama kali saya kena 'Red Flag' sejak lahirkan Aisy. Alamak... tak dpt lah saya menyambut awal Ramadhan. Lebih teruk lagi, production susu merudum habis. Bayangkan saya pam keluar 1 oz jer. Hari Ahad, anak asyik mengamuk jer, mungkin susu tak cukup. Mlm Ahad saya dah risau sgt. Apa saya nak bagi anak saya esok hari. Nasib ada stok frozem EBM 4 paket... MEMANG CUKUP2 UTK SEHARI CONSUME. Actually tak berapa nk cukup sbb selalunya saya bagi 20oz pd pengasuh. Frozen EBM saya hanya ada 17 oz shj. Dengan berat hati, (siap menitis air mata), saya bagi satu tin FM pada pengasuh, in case tak cukup...Alhamdulillah, ptg saya amik anak, pengasuhnya beritahu susu cukup. Dia bagi anak saya mkn lebih. YA Allah, saya sgt bersyukur kerana pengasuh Aisy sgt memahami dan tak terus bagi FM.

Saya minta nasihat dr Mommy Lyna yang suggest ambil ESP + alfalfa selepas pam susu. Pagi2 amik jugak ESP sebelum pegi kerja. Basically saya mula minum ESP dua kali (sebelum ni sekali sehari), sebelum tido dan waktu bersahur (saya pun bersahur jugak walaupun di kecualikan utk berpuasa). Waktu sahur saya combine dgn PD. Jadual pam juga saya tak abaikan (saya pam on time, takder ngelat dah). Alhamdulliah, bekalan Aisy ke rumah pengasuh cukup2 untuk hari seterusnya. Dengan izin Allah juga, semalam hasil pam saya EXTRA 3 OZ. Gembiranya hati bukan kepalang. Ahad lepas, saya lah ibu yg amat gundah gulana memikirkan susu anak saya yg tak cukup. Pagi tadi saya tersenyum melihat susu extra di dlm peti ais......




 Kalau nak tahu, suami saya pun minum ESP dan PD waktu bersahur....... :)


ANDA BERMINAT!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...