• Laman web ini berkisar tentang perkongsian maklumat berkenaan vitamin semulajadi Shaklee. Segala penulisan di dalam laman web ini adalah perkongsian peribadi. Penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini
  • Laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara
  • Secara umumnya, produk yang disebut di dalam laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Produk2 Shaklee tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada rawatan perubatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan.



Thursday, July 14, 2011

Bagaimana Saya Mengenali SHAKLEE

Segalanya bermula ketika putera sulung saya Aisy berumur dua bulan, di mana cuti bersalin telah tamat. Saya mula masuk ke pejabat seperti biasa dengan penuh semangat baru (chewah!!!) Saya juga telah ditukarkan ke jabatan baru. Ketika itu, semuanya baru bagi saya. Kehidupan baru sbg seorg ibu yg bekerja, menyusukan anak serta perlu menyesuaikan diri di jabatan baru.

Rutin pengepaman saya telah diselaraskan dgn jadual kerja. Alhamdulillah, walaupun sibuk saya mampu spend some time utk menyediakan EBM buat anak saya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu.... saya mula merasakan kehidupan baru saya ini menimbulkan beberapa masalah. Saya sentiasa merasa amat letih, lesu dan tidak bermaya. Ada yg menegur muka saya nmpk lemah dan pucat. Saya kerap pening, mudah stress waktu bekerja. Almaklumlah, baru bertukar jabatan, banyak yang perlu di pelajari. Stok EBM saya tiada masalah sgt. Adakala Ok adakala merudum. Namun, saya masih mampu memberi Aisy susu ibu sepenuhnya

Saya beruntung, di tempat kerja saya, ada rakan-rakan yang menyusukan anak secara ekslusif dgn susu ibu. Melalui mereka, saya telah diperkenalkan dengan produk SHAKLEE. Saya bukanlah seorg yg suka telan apa jenis pil pun. Kerana tidak tahan dgn kelesuan yg berterusan, saya beranikan diri mencuba Set B utk breastfeeding mom.

Saya telah mengikut saranan yg diberikan sepanjang consume Set B. Minum 3L air sehari dan rajin2 pam. Kelihatan EBM saya makin pekat. Anak pun cepat kenyang. Stok saya bertambah, tapi takder laaa sampai beratus paket. Cukuplah utk digunakan saat kecemasan. Yg penting sekali, SAYA DAH KURANG PENAT, KURANG STRESS. Dah tak pucat dah. Cuma pada masa itu pening saya masih tak berkurang. Rupa2nya saya disahkan menghidap migrain. Doktor telah memberikan ubat untuk menghalang dari migrain berulang di samping meneruskan pengambilan Set B. Alhamdulillah, sekarang saya sudah pulih.

Aisy sudah berusia 8 bulan. Masih lg menyusu badan sepenuhnya dan saya masih lagi mengamalkan SHAKLEE.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...