• Laman web ini berkisar tentang perkongsian maklumat berkenaan vitamin semulajadi Shaklee. Segala penulisan di dalam laman web ini adalah perkongsian peribadi. Penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini
  • Laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara
  • Secara umumnya, produk yang disebut di dalam laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Produk2 Shaklee tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada rawatan perubatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan.



Tuesday, October 8, 2013

Ramuan Semulajadi Untuk Masalah Rambut Gugur

 Anda hadapi masalah rambut gugur... takder bajet nak buat rawatan eksklusif mcm dekat Yun Nam... boleh cuba bahan2 semulajadi di bawah... jimat bajet, 

Santan
Guna santan yang diperah dari kelapa parut (bukan santan kotak ekkk). Sapu pada rambut dan kulit kepala. Sambil sapu, sambil urut kulit kepala tu. Biarkan 15 ke 20 minit dan basuh. Lakukan seminggu sekali. Santan kelapa membantu mengelakkan dan mengurangkan masalah keguguran rambut

Daun Neem (daun semambu)
Rebus daun neem sehingga air tinggal separuh dari yang asal. Sejukkan air rebusan ini. kemudian basuh rambut dan kulit kepala dengan air rebusan ini. Lakukan 1-2 kali seminggu

Madu dan Minyak Zaitun
Campurkan 2 sudu besar madu dan dua sudu besar minyak zaitun dalam satu mangkuk. Tambah 1 sudu besar serbuk kayu manis. Kacau hingga sebati. Sapu pada rambut dan kulit kepala. Biarkan 20 ke 25 minit dan basuh. Lakukan rawatan seminggu sekali

Jus lidah buaya
Potong 2 daun lidah buaya. Ambil jus yg keluar dr bahagian yg di potong dan terus sapukan kepada kulit kepala. Sambil itu, urut kulit kepala. Biarkan beberapa jam dan basuh dengan air suam. Ulangi proses ini utk 2 kali seminggu

Lidah buaya dan daun neem
Ambil jus lidah buaya dan campurkan sedikit serbuk daun neem dan beberapa titik minyak herba amla. Sapukan campuran bahan2 ni pada rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 30 minit dan basuh. Lakukan rawatan 1-2 kali seminggu

Putih telur dan yogurt
Ambil 2 biji putih telur. Tambahkan 2 sudu besar yogurt, satu sudu besar 'shikakai' atau serbuk daun neem. Sebatikan bahan2 ini. Sapu pada rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 30 minit dan basuh. Lakukan rawatan ini 1 kali seminggu

Minyak kelapa
Ambil minyak kelapa, sapukan kepada kulit kepala sambil urut kulit kepala untuk beberapa minit. Digalakkan sebelum mandi. Urutan dengan minyak kepala melancarkan peredaran darah seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut.

Bawang dan madu
Potong bawang kepada 2 bahagian. Ambil jusnya di bahagian yg di potong dan sapukan ke kulit kepala. Ambil sedikit madu dan sapukan ke kulit kepala sambil mengurut. Biarkan beberapa minit dan basuh dengan air suam.

Biji limau nipis
Hancurkan biji limau nipis menjadi serbuk. Tambahkan serbuk lada hitam dan sedikit air supaya campuran menjadi seperti cream atau paste. Sapu ke kulit kepala hingga rata sambil di urut dan kemudian di basuh. Lakukan rawatan seminggu sekali

SELAMAT MENCUBA RESEPI SEMULAJADI UNTUK MERAWAT MASALAH RAMBUT GUGUR .....

http://www.sihatbersamacikin.blogspot.com
Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896

Tuesday, September 24, 2013

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET SHAKLEE - Untuk Kesihatan Sendi Anda




Advanced Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangkamasa seawal 5 hari. Ramuan yang di rumus secara saintifik di mana ia mampu menggalakkan mobiliti, meningkatkan fleksibiliti, meningkatkan fungsi sendi dan menyokong kesihatan sendi utk jangkamasa yang panjang.

AJHT merangkumi kombinasi nutrien zinc, kuprum, manganese dan vitamin C di mana setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal di dalam penghasilan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.

AJHT tidak mengandungi kondroitin, yakni bahan yang terbukti menghalang penyerapan glukosamin. Istimewanya AJHT, ianya bebas 100% dari bahan berasaskan cengkerang dan 100% bahan datang dari sumber tumbuh tumbuhan. 

Ekstrak Boswellia
Mengandung asid boswellik yang menghalang penghasilan leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi seterusnya menyebabkan ketidakselesaan. Ekstrak Boswellia membantu keselesaan sendi, memudahkan pergerakan serta meningkatkan kemampuan melakukan aktiviti harian

Ekstrak Jagung
Merupakan sumber glukosamin yang pekat. Glukosamin membina struktur komponen rawan dan cecair di antara tulang yang membekalkan pelinciran. Glukosamin membantu pergerakan dan memberi lebih fleksibiliti. AJHT membekalkan glukosamin yang paling tinggi kepekatannya. Sumber glukosamin adalah 100% daripada tumbuhan, tidak seperti kebanyakan produk lain yang memberi glukosamin dari sumber cengkerang

Vitamin C
Diperlukan untuk penghasilan kolagen

Zinc, Kuprum dan Manganese
Mineral yang diperlukan untuk pembinaan tisu penghubung


Faedah Pengambilan Advanced Joint Health Tablet Shaklee
  • Meningkatkan cushioning - Glukosamin membantu memelihara rawan - cushioning perlindungan di antara sendi yang memudahkan pergerakan
  • Memelihara tisu penghubung yang sihat - Zinc, kuprum, Manganese dan Vitamin C membantu pembinaan kolagen dan lain lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi
  • Meningkatkan keselesaan sendi - Ekstrak Boswellia membantu memperbaiki keselesaan sendi

http://www.sihatbersamacikin.blogspot.com
Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896

Friday, September 20, 2013

NUTRIFERON SHAKLEE - BAGAIMANA IA MENINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH




Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo telah berjaya membangunkan satu satunya interferon* semulajadi di dunia iaitu NutriFeron. 

*Interferon adalah perlindungan pertama (first line defense) terhadap serangan virus, bakteria, parasit dan tumor. Apabila ada serangan viral terhadap tubuh manusia, secara semulajadinya interferon akan di bebaskan dahulu sebelum sistem imun yang specific utk melawan viral tersebut bekerja.

Dr Kojima telah menetapkan bahawa 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago Asiatica meransang pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Apabila kita diserang virus atau kuman pada sesuatu masa, terutamanya apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, terganggu tidur atau dijangkiti selsema, batuk, alergi, asma dan lain2. Sel sel tubuh badan yg tidak sihat akan membentuk lebih banyak radikal bebas yg seterusnya akan meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik seperti kanser

Biji Labu
  • Meransang pengeluaran interferon semulajadi dlm tubuh
  • Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser
Biji Plantago Asiatica
  • Mengandungi polisakarida yg mengaktifkan sel sel imun 
Honeysuckel Jepun
  • Menentang pencerobohan virus dan kuman ke dalam tubuh  badan
Bunga Safflower
  • Menghasil dan meningkatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman 

Faedah Pengambilan NutriFeron Shaklee
  • Mengukuhkan sistem imun tubuh badan dalam masa 3 hari
  • NutriFeron mengandungi polisakarida yg meransang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel sel tumor dan kanser. Ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan ketika pesakit kanser menjalani rawatan kemoterapi
  • Melindungi dengan berkesan dari virus  selsema, alergi, batuk dll
  • Mengurangkan stress dan kelesuan akibat gaya hidup yg sibuk
  • Melambatkan penuaan dengan cara mengurangkan radikal bebas yg ada dlm tubuh badan
  • Mengurangkan infeksi kepada penghidap penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C
  • Mengurangkan masalah yg berkaitan dengan menopaus seperti tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dll
  • Mengurangkan simptom PMS seperti kekejangan, sakit belakang, payudara membengkak, jerawat, mood swing dll

http://www.sihatbersamacikin.blogspot.com
Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896

Wednesday, September 11, 2013

Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) - Minuman Protin Soya Berkualiti Tinggi

 

Pembuatan ESP melalui kajian klinikal yg sgt ekstensif dan komprehensif. Kacang soya yg digunakan hanya mengandungi NON-GMO (Non-Genetically Modified Organism) yg di proses pada suhu rendah. Setiap satu tin ESP (850g) di hasilkan daripada 30kg kacang soya di mana ianya merupakan sumber tenaga segara dan bertahan lebih lama
  • Menyediakan 9 asid amino penting yg tidak dpt dihasilkan oleh tubuh manusia
  • diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  • Kandungan Indeks Glisemik* (GI) rendah iaitu 39, sgt sesuai utk pengidap kencing manis
  • Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu
  • Bersifat rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik
  • Sgt mudah diserap oleh tubuh badan

* Indeks Glisemik (GI) menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan proses gula dari karbohidrat itu dipecahkan menjadi glukos ke dlm darah. 
        GI tinggi -> Karbohidrat di proses menjadi glukos dengan cepat
        GI rendah -> Karbohidrat di proses menjadi glukos dengan perlahan lahan
Menstabilkan glukos dlm darah adalah penting dlm pengurangan berat badan serta penjagaan kesihatan utk jangkamasa panjang


Pentingnya protin
  • Protin adalah bahan utama dlm pembentukan organ dan tisu serta komponen utama dlm hormon manusia
  • Meransang fungsi psikologi
  • kekurangan protin akan menyebabkan kelemahan imum badan, water retention, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, pertumbahan terbantut, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, kegagalan fungsi hormon yg boleh membawa kepada kematian 
  
Asid Amino
  • Protin terdiri lebih daripada 20 asid amino
  • Setiap satu asid amino menghasilkan jenis protin yg berbeza, mengikut keperluan tubuh badan
  • Asid Amino tak perlu - dihasilkan sendiri oleh tubuh badan
  • Asid Amino perlu - tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan, perlu dapatkan melalui diet seharian

Faedah pengambilan ESP
  • Mengandungi Asid Amino yg penting utk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit.
  • Kacang soya yg kaya dengan Isoflavones yg baik utk kestabilan hormon wanita.
  • Membantu merendahkan paras kolestrol
  • Mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  • Genistein dari kacang soya membantu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dlm sel
  • Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan keremajaan kulit dan otot, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut pada kulit
  • Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun tubuh badan. 
  • Mencegah migrain, imsomnia dan tekanan
  • Membaiki masalah pigmentasi dan kedutan 
  • Membaiki masalah rambut beruban dan gugur.
  • Meningkatkan daya ingatan, dorongan seksual dan ransangan 
 
http://www.sihatbersamacikin.blogspot.com
Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896

Friday, June 21, 2013

MENINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH DI MUSIM JEREBU

 Hmmmm... jerebu makin teruk sekarang ni. Kita di nasihatkan utk mengurangkan aktiviti luar, minum banyak air dan mandi dengan kerap

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila zarah2 debu atau asap, berkumpul dalam jumlah yang banyak dan terapung di udara. Biasanya jerebu berlaku ketika cuaca kering (kurang hujan). Punca utama jerebu adalah pembakaran terbuka dan berskala besar, asap kilang serta kenderaan bermotor.

Jerebu bukan sahaja menghadkan penglihatan mata kasar, malah boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan kita. Antara penyakit yang disebabkan oleh jerebu ialah batuk, selsema, sesak nafas (asma), mata berair dan alergi pada kulit. Individu yg memiliki sistem imun yg rendah berisiko tinggi terdedah kepada kesan yg di akibatkan oleh jerebu kerana jerebu sudah tentunya mengandungi virus dan kuman.

Apabila banyak virus dan kuman masuk melalui pernafasan, ianya akan menyerang apabila kita kekurangan sel2 imun. Oleh itu, dlm keadaan berjerebu begini, sgt penting setiap individu mempunyai sistem imun yg kuat bagi mengelakkan masalah kesihatan.




NutriFeron Shaklee dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Ia mengandungi 4 ekstrak tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago asiatica yang mendorong semulajadi pengeluaran interferon tubuh. 

Biji labu - merangsang pengeluaran interferon semulajadi dlm tubuh, menentang radikal bebas
Biji Plantago Asiatica - mengaktifkan sel2 imun
Honeysuckle Jepun - Menentang kehadiran virus dan kuman
Bunga Safflower - Meningkatkan keupayaan memusnahkan kuman dan virus

Interferon amat berkesan melindungi tubuh badan dari virus, kuman, selsema, alergi serta jangkitan influenza. Dalam perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, herpes dan lain2.

Selain mengurangkan aktiviti luar serta minum air dengan banyak disarankan pengambilan NutriFeron  utk semua terutamanya bagi individu yang mempunyai sistem imun yg rendah (seperti ibu mengandung, org tua, individu yg mudah mendpt jangkitan respiratori spt selsema, asma dll), bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan akibat jerebu.


http://www.sihatbersamacikin.blogspot.com
Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896

Monday, June 17, 2013

Rahsia Kulit Cantik - Makanan Yang Membantu Kulit Anda Nampak Cantik

 Makanan laut
  • Kaya dengan asid lemak Omega 3 dan zinc
  • Asid lemak Omega 3 menghasilkan kulit yg lebih lembap serta mengurangkan masalah inflamasi kulit seperti ekzema serta psoriasis
  • Zinc pula membantu mengatasi masalah jerawat di mana ia mengawal penghasilan minyak (sebum) pada kulit yg menjadi punca kepada masalh jerawat.
  • Selain itu, zinc juga membantu generate sel kulit yg baru 

Buah-buahan sitrus
  • Kaya dengan Vitamin C
  • Vitamin C membantu penghasilan kolagen. 
  • Untuk pengetahuan, kolagen akan mula berkurangan secara mendadak apabila umur mencecah 35 tahun
  • Pengambilan buah buahan  yg kaya dengan vitamin C seperti buah oren, anggur serta buah tomato membantu menghasilkan kulit yg lebih tegang serta kurang berkedut
  • Vitamin C juga mengurangkan masalah inflamasi kulit serta sebagai anti oksidan yg membantu meneutralkan radikal bebas. Kehadiran radikal bebas boleh merosakkan sel kulit dan mengakibatkan kita kelihatan 'tua' sebelum masanya

Sayuran berwarna merah dan hijau
  • Kaya dengan Vitamin A, beta kerotene
  • Sayuran bewarna oren kemerahan kaya dengan beta kerotene. Beta kerotene di tukarkan menjadi vitamin A yg bertindak sebagai anti oksidan, mengelakkan kerosakan sel kulit
  • Vitamin A juga membantu dlm masalah jerawat. Terdapat produk2 skin care yg menjadikan vitamin A sebagai bahan utk menyelesaikan masalah jerawat.

Kekacang
  • Kaya dengan vitamin E
  • Vitamin E membantu kulit mengekalkan kelembapan
  • Vitamin E juga bertindak sebagai antioksidan yg membantu meneutralkan radikal bebas
  • Kekacang almond, pistachio dan walnut juga kaya dengan asid lemak Omega 3 yg juga memelihara keanjalan kulit

Oatmeal
  • Menjadikan kandungan gula dlm darah lebih stabil
  • Kandungan gula dlm darah yg tidak stabil, menjadikan hormon androgen tidak stabil. Hormon androgen ini menyumbang kepada penuaan kulit (kulit berkedut)


http://www.sihatbersamacikin.blogspot.com
Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896

Wednesday, May 22, 2013

RAHSIA KULIT CANTIK - Collagen Powder Shaklee




Collagen Powder Shaklee adalah produk kolagen yg diekstrak dari sisik ikan merah (Red Snapper Scale – RSS). 



Apa Faedah Pengambilan Collagen Powder Shaklee

Mestilah sebab utamanya mahu kelihatan CANTIK dan AWET MUDA 
rujukan gambar dari shaklee.com.my

  • Sebagai anti-penuaan. Mengurangkan kedutan dan liang pori-pori
  • Melembapkan dan melicinkan kulit
  • Mengembalikan keanjalan kulit
  • Menguatkan kuku
  • Melebatkan rambut dan menjadikannya lebih bersinar
  • Mengurangkan pigmentasi
  • Menghasilkan tona kulit yg lebih sekata
  • Menganjalkan payudara

Apa isitimewanya RSS ni.

RSS adalah sumber premium kolagen yg mempunyai kadar penyerapan yg tinggi dan kurang kontaminasi berbanding kolagen berasaskan haiwan. 

Untuk makluman, kolagen hanya akan di serap oleh sistem tubuh badan apabila sudah diuraikan menjadi peptida oleh enzim sistem penghadaman. Kadar penguraian kolagen adalah bersamaan dengan kadar penyerapan kolagen oleh tubuh badan. Kolagen berasaskan ikan adalah 7 kali lebih mudah diuraikan berbanding kolagen berasaskan haiwan. So, lebih mudah nak digest sekiranya kolagen itu berasaskan ikan

Apa lagi keistimewaan Collagen Powder Shaklee

Bahan utamanya seperti ekstrak biji benih ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B melengkapi antara satu sama lain bagi meningkatkan kefungsian kolagen RSS.

Ekstrak biji benih Camellia Japonica – Kaya dengan Oleic Acid yg berfungsi  memberi kelembapan kulit. Isoflavones yg terkandung dlm biji benih ini juga bertindak sebagai anti oksidan 

Ekstrak Pfaffia – Juga dikenali sebagai Brazillian Ginseng. Ekstrak Pfaffia apabila digabung dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica menyokong penghasilan kolagen dan hyaluronic acid. Hyaluronic Acid ini diperlukan untuk mengekalkan kelembapan tisu2 dalam tubuh badan di mana ianya mengahasilkan kulit yg lembut, lembap dan kelihatan segar.

Elastin dari kolagen ikan – memberikan keanjalan kepada kulit. Elastin bekerjasama dengan kolagen ikan  untuk mengekalkan keanjalan kulit .

Vitamin C – membantu penghasilan kolagen dlm kulit serta melindungi kulit daripada radikal bebas (anti  oksidan)

Vitamin B – membantu proses metabolisma karbohidrat, lemak dan protein menjadi tenaga, di mana tenaga diperlukan untuk penghasilan kolagen dalam sel tubuh badan.

Ekstrak kerangkerangan – Kaya dengan Glucosamine. Glucosamine adalah penting untuk kesihatan sendi  serta membantu mengekalkan kelembapan mata

Lactobacillus acidophilus – Sejenis bacteria baik yg membantu kesihatan usus bagi menggalakan penyerapan kolagen RSS ke dalam tubuh badan.


Mcm mana nak menyediakan Collagen Powder Shaklee ni? - Senang sahaja. Ambil satu sachet sehari dan dibancuh dengan minuman yg anda suka. Mudah kan, boleh di bawa kemana shj.



http://www.sihatbersamacikin.blogspot.com
Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896

Saturday, May 18, 2013

RAHSIA KULIT CANTIK

 Di sini saya nak kongsikan tips2 utk mendptkan kulit yg cantik
  • minum air kosong sekurang kurangnya 8 gelas sehari
  • sekiranya mengambil yogurt atau susu, pilih yg kurang kandungan lemaknya.
  • elakkan mkn coklat, kekacang, makanan bergoreng, minuman berkarbonat, kopi, alkohol, rokok dan makanan yg mengandungi gula dan garam berlebihan
  • Mengambil minuman berasaskan protein soya on daily basis. Seeloknya di ambil waktu pagi selepas breakfast. 
 Selain itu, suplemen2 berikut boleh di amalkan utk mendptkan hasil yg lebih menarik
  • Multivitamin yg mengandungi vitamin A , beta carotene / carotenoids, vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, biotin, choline, asid folik, inositol, vitamin C, vitamin D, vitamin E, boron, kalsium, kromium, copper, magnesium, manganese, selenium, vanadium dan zinc. Untuk menjaga tona kulit serta nerve system
  • Formula anti oksidan utk menjaga kulit utk kelihatan sihat dan awet muda - alpha dan beta carotene, lutein, lycopene, vitamin C, vitamin E, Selenium, gingko biloba, coenzyme Q10, bilberry, L-glutathione, soy isoflavone, grape seed extract dan green tea extract 

sekiranya multivitamin dan formula anti oksidan anda tidak terkandung suplemen2 di atas, boleh 'add on' suplemen ini secara berasingan dlm diet harian 


  •  RNA/DNA complex - membantu membaiki tekstur kulit
  • Superoxide dismutase dan wild yam 300mg - membantu membaiki tisu kulit serta menjadikan kulit lebih lembut
  • beta carotene 10000 IU - melindungi kulit dr radikal bebas (anti oksidan)
  • vitamin C dengan bioflavonoids 500mg - membantu proses pembaikan luka
  • vitamin E 400 - 800 IU - Membantu proses penggantian sel di bahagian permukaan kulit.
  • vitamin B complex with  pantothenic acid 50mg - membantu utk 'generate' sel kulit serta proses pembaikan luka
  • MSM methylsulfonylmethane 1000mg - membantu penghasilan kolagen yg membantu penghasilan kulit baru.
  • Essential fatty acid 1000mg - flaxseed oil membantu kulit utk kelihatan lebih lembap
  • L cysteine 1g - membantu kulit kelihatan awet muda
  • zinc 15-50mg - membantu proses pembaikan kulit yg berjerawat.
Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...