• Laman web ini berkisar tentang perkongsian maklumat berkenaan vitamin semulajadi Shaklee. Segala penulisan di dalam laman web ini adalah perkongsian peribadi. Penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini
  • Laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara
  • Secara umumnya, produk yang disebut di dalam laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Produk2 Shaklee tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada rawatan perubatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan.



Saturday, August 6, 2011

Rukhsah Puasa

Secara jujurnya, saya rasakan pengalaman berpuasa sewaktu saya mengandung dan menyusukan anak agak berbeza. Waktu saya mengandung, ibadah puasa dapat saya lakukan dlm keadaan yg amat selesa dan tiada masalah. Bila puasa dan menyusukan anak, terasa sedikit keletihan. Saya perlu jaga pemakanan saya disamping mengambil suplemen tertentu (saya amalkan minum ESP dan PD) utk 'eliminate' rasa letih dan lesu. Ini juga diakui beberapa teman saya yg berpuasa dan menyusukan anak sepenuhnya. Ditambah lg dgn keluhan 'tidak cukup susu'. Ada yg ragu2 untuk berbuka puasa, memikirkan bila masa nk ganti puasa, mcm mana nk ganti puasa, nk kena byr fidyah jugak ke?, tak cukup susu boleh bagi anak formula, so kena laaa puasa... mcm2 soalan berlegar di fikiran masing2 (termasuklah saya)

Di sini saya ingin kongsi informasi, petikan dr blog Mommy Lyna berkenaan rukhsah puasa utk ibu2 yg menyusukan anak.

 Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa yakni kelonggaran untuk berbuka puasa kepada ibu menyusu (sama seperti ibu hamil) ada dua sebab:-
  1. Risau tentang keselamatan dirinya
  2. Risau tentang keselamatan anaknya
Dari Anas R.A.:
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya‘.”

Ibu menyusu yang mengalami kekurangan susu tidak perlu memberikan anaknya formula semata-mata kerana nak terus berpuasa, kerana ibadah di bulan Ramadhan ni bukan semata-mata berlapar dahaga (puasa) tapi ia lebih lagi. Rukhsah juga satu ibadah berdasarkan hadis:
Sesungguhnya Allah menyukai rukhsah-Nya dilaksanakan sebagaimana Allah membenci maksiat dilakukan” (HR Ahmad)

Akan tetapi, tak semua ibu menyusu yang kurang susu semasa puasa boleh berbuka. Ibu yang wajib meneruskan puasa:
  • Ibu yang dah campur susu, kerana anaknya memang dah minum susu formula.
  • Ibu yang ada stok susu berbotol-botol, kerana anaknya masih ada bekalan susu ibu untuk diminum.
Islam itu indah dan mudah. Ibu yang tidak menyimpan stok, atau tak sempat menyimpan stok, tak perlu gusar dan susah hati bila susu merudum sebab puasa, kerana Allah telah memberi hadiah yakni rukhsah puasa – berbuka (tak payah puasa) bila keadaan itu memberi mudarat kepada anak (tak cukup susu). Dan janganlah guna ayat ‘ponteng puasa’ bila terpaksa berbuka dalam keadaan begitu. Bukan ponteng atau mengelat sebab ada peruntukkan di situ. Malah itu adalah perkara yang amat disukai Allah.

Ibu yang berbuka kerana susu tak cukup wajib mengqodho puasa dan membayar fidyah (kerana berbuka oleh sebab orang lain).

Harap informasi ini dapat di manfaatkan oleh semua...

ANDA BERMINAT untuk mencuba Energizing Soy Protein dan Performance Drink!!!!
Boleh hubungi saya melalui email nurashikin.ahmadfuad@yahoo.com ataupun di talian 019-6546896 untuk keterangan lanjut serta konsultasi percuma. Harga istimewa juga ditawarkan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...