• Laman web ini berkisar tentang perkongsian maklumat berkenaan vitamin semulajadi Shaklee. Segala penulisan di dalam laman web ini adalah perkongsian peribadi. Penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini
  • Laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara
  • Secara umumnya, produk yang disebut di dalam laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Produk2 Shaklee tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada rawatan perubatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan.



Monday, June 17, 2013

Rahsia Kulit Cantik - Makanan Yang Membantu Kulit Anda Nampak Cantik

 Makanan laut
  • Kaya dengan asid lemak Omega 3 dan zinc
  • Asid lemak Omega 3 menghasilkan kulit yg lebih lembap serta mengurangkan masalah inflamasi kulit seperti ekzema serta psoriasis
  • Zinc pula membantu mengatasi masalah jerawat di mana ia mengawal penghasilan minyak (sebum) pada kulit yg menjadi punca kepada masalh jerawat.
  • Selain itu, zinc juga membantu generate sel kulit yg baru 

Buah-buahan sitrus
  • Kaya dengan Vitamin C
  • Vitamin C membantu penghasilan kolagen. 
  • Untuk pengetahuan, kolagen akan mula berkurangan secara mendadak apabila umur mencecah 35 tahun
  • Pengambilan buah buahan  yg kaya dengan vitamin C seperti buah oren, anggur serta buah tomato membantu menghasilkan kulit yg lebih tegang serta kurang berkedut
  • Vitamin C juga mengurangkan masalah inflamasi kulit serta sebagai anti oksidan yg membantu meneutralkan radikal bebas. Kehadiran radikal bebas boleh merosakkan sel kulit dan mengakibatkan kita kelihatan 'tua' sebelum masanya

Sayuran berwarna merah dan hijau
  • Kaya dengan Vitamin A, beta kerotene
  • Sayuran bewarna oren kemerahan kaya dengan beta kerotene. Beta kerotene di tukarkan menjadi vitamin A yg bertindak sebagai anti oksidan, mengelakkan kerosakan sel kulit
  • Vitamin A juga membantu dlm masalah jerawat. Terdapat produk2 skin care yg menjadikan vitamin A sebagai bahan utk menyelesaikan masalah jerawat.

Kekacang
  • Kaya dengan vitamin E
  • Vitamin E membantu kulit mengekalkan kelembapan
  • Vitamin E juga bertindak sebagai antioksidan yg membantu meneutralkan radikal bebas
  • Kekacang almond, pistachio dan walnut juga kaya dengan asid lemak Omega 3 yg juga memelihara keanjalan kulit

Oatmeal
  • Menjadikan kandungan gula dlm darah lebih stabil
  • Kandungan gula dlm darah yg tidak stabil, menjadikan hormon androgen tidak stabil. Hormon androgen ini menyumbang kepada penuaan kulit (kulit berkedut)


http://www.sihatbersamacikin.blogspot.com
Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...