• Laman web ini berkisar tentang perkongsian maklumat berkenaan vitamin semulajadi Shaklee. Segala penulisan di dalam laman web ini adalah perkongsian peribadi. Penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini
  • Laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara
  • Secara umumnya, produk yang disebut di dalam laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Produk2 Shaklee tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada rawatan perubatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan.



Thursday, November 17, 2011

Vitamin dan Mineral Semulajadi Bagi Meningkatkan Kesuburan

Pengambilan vitamin dan mineral semulajadi mampu meningkatkan kesuburan bagi pasangan-pasangan yg sedang berusaha mendaptakan zuriat. Suplemen-suplemen ini bertindak secara aktif bagi menstabilkan hormon serta meningkatkan taraf kesihatan badan di mana ianya sangat penting bagi meningkatkan peluang utk sperma dan ovum disenyawakan. Suplemen adalah satu keperluan apabila individu gagal untuk mendapatkan segala nutrient yg diperlukan dlm bdn melalui diet harian. Di tambah dgn amalan cara hidup yg kurang sihat seperti merokok dan pengambilan alcohol, kadar masalah kesuburan semakin meningkat dari tahun ke tahun
 
VITAMIN B-COMPLEKS

(Vitamin B6 – 50mg / hari)
(Vitamin B12 – 50mcg / hari)
(Asid Folik – 400mcg / hari)

Pengambilan Vitamin B-Complex terutamanya  asid folik,  Vitamin B6 dan B12 amatlah digalakkan sebelum berusaha mendapatkan anak. Biasanya pengambilan asid folik diteruskan sehingga kandungan mencecah 12 minggu. Pengambilan asid folik bersama-sama dengan vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural

ZINC

(15-30 mg/hari)

Kekurangan zinc merubah keadaan kromosom dlm tubuh badan dan boleh mengurangkan kadar kesuburan baik lelaki mahupun wanita. Zinc menggalakkan tubuh badan menggunakan secara efisien hormon estrogen dan progestron untuk wanita. Kekurangan zinc di awal kehamilan meningkatkan risiko keguguran. Bagi lelaki pula, zinc amat penting utk mengekalkan penghasilan hormone testosterone. Kekurangan zinc boleh mengurangkan bilangan sperma. Zinc ditemui dalam kepekatan yg tinggi di dlm sperma, dimana ianya diperlukan utk pembentukan bahagian luaran serta ekor sperma.

VITAMIN E

(15 mg/hari)

Vitamin E adalah salah satu anti-oksida yang membantu dlm mengatasi masalah kesuburan sama ada utk wanita mahupun lelaki. Fungsi anti-oksida ini dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih berkualiti. Terdapat kajian yg menunjukkan apabila pasangan yg melakukan prosedur IVF mengamalkan vitamin E, peratusan kejayaan prosedur tersebut meningkat dari 19% ke 29%.

VITAMIN C

(1000 mg/hari)

Vitamin C juga merupakan anti-oksidan seperti vitamin E. Kekurangan vitamin C menyebabkan sperma ‘bergumpal’ atau ‘berkumpul’ dan tiada kekuatan utk berenang secara spontan dan tangkas dimana keadaan ini akan mengurangkan peratus sperma dan ovum berjaya disenyawakan. Bagi perokok, pengambilan vitamin C amatlah digalakkan. Bahan kimia dan racun yg terkandung di dalam rokok boleh menjejaskan kualiti sperma. Sifat anti-oksida vitamin C ini akan meneutralkan bahan2 kimia tersebut. Kajian menunjukkan apabila seorg perokok mengambil vitamin C sebnyk 500mg sehari, ianya dpt mengurangkan ‘penggumpalan’ sperma serta meningkatkan kuantiti dan kualiti pergerakan sperma.
Bagi wanita yang dipreskripsikan dgn clomiphene, sejenis ubatan berfungsi utk menstimulasikan ovulasi, kadar ovulasi adalah lebih tinggi apabila di ambil bersama-sama dengan Vitamin C

SELENIUM

(55 – 100 microgram sehari)

Juga salah satu anti-oksidan yang menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas. Selenium mengelakkan kerosakan kromosom, seterusnya membantu dlm mengurangkan risiko kecacatan janin dlm kandungan dan keguguran. Selenium juga membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas

ESSENTIAL FATTY ACID (EFA)

EFA amat penting utk kesihatan tubuh badan serta kekuatan sistem reproduktif. EFA terbahagi kepada dua kategori umum iaitu Asid Lemak Omega-3 dan Asid Lemak Omega-6. Pengambilan Asid lemak Omega 3 dan Omega 6 mampu mempengaruhi kesuburan suami dan isteri. Kepentingan Omega-3 dan Omega-6 adalah seperti berikut
·         Menstabilkan hormon dan mengawal kitaran haid
·         Meningkatkan pengaliran darah ke uterus, menjadikan uterus bersedia utk penempelan sperma dan ovum yg telah disenyawakan
·         Memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan.
·         Omega 3 adalah penting utk penghasilan sperma yg berkualiti dimana pergerakan sperma menjadi lebih tangkas dan cekap
·         Kedua-dua Omega 3 dan Omega 6 mampu meningkatkan perederan darah pada alat kelamin lelaki seterusnya meningkatkan kesuburan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...