• Laman web ini berkisar tentang perkongsian maklumat berkenaan vitamin semulajadi Shaklee. Segala penulisan di dalam laman web ini adalah perkongsian peribadi. Penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini
  • Laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara
  • Secara umumnya, produk yang disebut di dalam laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Produk2 Shaklee tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada rawatan perubatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan.



Saturday, September 17, 2011

Sesi Pam Susu Di Tempat Kerja

Hari nih saya nk kongsikan sesi pengepaman saya di pejabat. Untuk pengetahuan semua, di tempat saya bekerja tiada bilik khas utk kami ibu2 yg menyusukan anak utk pam susu semasa waktu bekerja. Almaklumlah, staff nyer majoriti lelaki. Ada yg mengepam di dlm surau dan stor dokumen. Saya pulak, pam di meja sendiri memandangkan itu yg praktikal utk saya (senang sekiranya ada org cari saya, at least takder laaa diorg tercari2 atau tertunggu tunggu). Masa mengepam, saya pakai nursing poncho / nursing cover, so tertutup laa kan. Sambil2 pam, saya masih boleh buat kerja menaip atau membaca email dgn sebelah tangan.


Dlm satu hari bekerja saya boleh allocate dua sesi pengepaman, antara pukul 930pg-11pg dan pukul 130ptg-300ptg. Sekiranya kurang sibuk, dptlah 3 sesi. Kdg2 dpt satu sesi jer, di mana hari tuh sure bnyk meeting. Kdg2 rasa nk bwk jer pam pastu pam time meeting. Hehehehehe... tapi mcm segan laa pulak.

Lepas saya pam, susu perahan saya masukkan dlm cooler bag saya. Pejabat saya ada peti ais, tapi saya malas nk berjalan ke pantry nk letakkan susu saya tuh. Dlm cooler bag saya ada 3 keping ice packs. Tahan sampai habis waktu kerja tau. Pernah jgk extend sampai pukul 9 mlm. Susu masih lagi sejuk dan tak terjejas


Corong, connector dan valve saya akan basuh dan keringkan (spt gmbr di bawah). Kalau tak basuh pun takper, letak jer dlm cooler bag. Tapi saya prefer basuh, sbb nk elakkan rasa melekit utk sesi pengepaman yg seterusnya.


Saya berkongsi bilik dgn 3 org lelaki tau. Mula2 mcm segan, tapi diorg pun tak ambil kisah dgn apa yg saya buat. Ada kontraktor yg dtg ke bilik saya pun bercerita tentang isteri mereka yg breastfeed, bila melihat saya sedang mengepam di meja saya. Hehehe, jadi sharing session pulak. Saya percaya, suami2 zaman sekarang ramai yg very supportive tentang breastfeeding, termasuklah suami saya :) Dia lah pemberi semangat ketika saya stress atau berdukacita bila susu tak cukup....

Saya harap sgt, satu hari nanti ada bilik khas utk kami pam susu di pejabat saya. Ianya agak mustahil memandangkan kami nih tak ramai. Majoriti staff pun lelaki. Tapi siapa tahu, kot2 ada rezeki... dpt bilik khas... Gembira tak terkata kalo impian ni tercapai


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...