• Laman web ini berkisar tentang perkongsian maklumat berkenaan vitamin semulajadi Shaklee. Segala penulisan di dalam laman web ini adalah perkongsian peribadi. Penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini
  • Laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara
  • Secara umumnya, produk yang disebut di dalam laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Produk2 Shaklee tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada rawatan perubatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar perubatan yang bertauliah sekiranya mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan.



Tuesday, October 8, 2013

Ramuan Semulajadi Untuk Masalah Rambut Gugur

 Anda hadapi masalah rambut gugur... takder bajet nak buat rawatan eksklusif mcm dekat Yun Nam... boleh cuba bahan2 semulajadi di bawah... jimat bajet, 

Santan
Guna santan yang diperah dari kelapa parut (bukan santan kotak ekkk). Sapu pada rambut dan kulit kepala. Sambil sapu, sambil urut kulit kepala tu. Biarkan 15 ke 20 minit dan basuh. Lakukan seminggu sekali. Santan kelapa membantu mengelakkan dan mengurangkan masalah keguguran rambut

Daun Neem (daun semambu)
Rebus daun neem sehingga air tinggal separuh dari yang asal. Sejukkan air rebusan ini. kemudian basuh rambut dan kulit kepala dengan air rebusan ini. Lakukan 1-2 kali seminggu

Madu dan Minyak Zaitun
Campurkan 2 sudu besar madu dan dua sudu besar minyak zaitun dalam satu mangkuk. Tambah 1 sudu besar serbuk kayu manis. Kacau hingga sebati. Sapu pada rambut dan kulit kepala. Biarkan 20 ke 25 minit dan basuh. Lakukan rawatan seminggu sekali

Jus lidah buaya
Potong 2 daun lidah buaya. Ambil jus yg keluar dr bahagian yg di potong dan terus sapukan kepada kulit kepala. Sambil itu, urut kulit kepala. Biarkan beberapa jam dan basuh dengan air suam. Ulangi proses ini utk 2 kali seminggu

Lidah buaya dan daun neem
Ambil jus lidah buaya dan campurkan sedikit serbuk daun neem dan beberapa titik minyak herba amla. Sapukan campuran bahan2 ni pada rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 30 minit dan basuh. Lakukan rawatan 1-2 kali seminggu

Putih telur dan yogurt
Ambil 2 biji putih telur. Tambahkan 2 sudu besar yogurt, satu sudu besar 'shikakai' atau serbuk daun neem. Sebatikan bahan2 ini. Sapu pada rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 30 minit dan basuh. Lakukan rawatan ini 1 kali seminggu

Minyak kelapa
Ambil minyak kelapa, sapukan kepada kulit kepala sambil urut kulit kepala untuk beberapa minit. Digalakkan sebelum mandi. Urutan dengan minyak kepala melancarkan peredaran darah seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut.

Bawang dan madu
Potong bawang kepada 2 bahagian. Ambil jusnya di bahagian yg di potong dan sapukan ke kulit kepala. Ambil sedikit madu dan sapukan ke kulit kepala sambil mengurut. Biarkan beberapa minit dan basuh dengan air suam.

Biji limau nipis
Hancurkan biji limau nipis menjadi serbuk. Tambahkan serbuk lada hitam dan sedikit air supaya campuran menjadi seperti cream atau paste. Sapu ke kulit kepala hingga rata sambil di urut dan kemudian di basuh. Lakukan rawatan seminggu sekali

SELAMAT MENCUBA RESEPI SEMULAJADI UNTUK MERAWAT MASALAH RAMBUT GUGUR .....

http://www.sihatbersamacikin.blogspot.com
Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896

Tuesday, September 24, 2013

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET SHAKLEE - Untuk Kesihatan Sendi Anda




Advanced Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangkamasa seawal 5 hari. Ramuan yang di rumus secara saintifik di mana ia mampu menggalakkan mobiliti, meningkatkan fleksibiliti, meningkatkan fungsi sendi dan menyokong kesihatan sendi utk jangkamasa yang panjang.

AJHT merangkumi kombinasi nutrien zinc, kuprum, manganese dan vitamin C di mana setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal di dalam penghasilan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.

AJHT tidak mengandungi kondroitin, yakni bahan yang terbukti menghalang penyerapan glukosamin. Istimewanya AJHT, ianya bebas 100% dari bahan berasaskan cengkerang dan 100% bahan datang dari sumber tumbuh tumbuhan. 

Ekstrak Boswellia
Mengandung asid boswellik yang menghalang penghasilan leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi seterusnya menyebabkan ketidakselesaan. Ekstrak Boswellia membantu keselesaan sendi, memudahkan pergerakan serta meningkatkan kemampuan melakukan aktiviti harian

Ekstrak Jagung
Merupakan sumber glukosamin yang pekat. Glukosamin membina struktur komponen rawan dan cecair di antara tulang yang membekalkan pelinciran. Glukosamin membantu pergerakan dan memberi lebih fleksibiliti. AJHT membekalkan glukosamin yang paling tinggi kepekatannya. Sumber glukosamin adalah 100% daripada tumbuhan, tidak seperti kebanyakan produk lain yang memberi glukosamin dari sumber cengkerang

Vitamin C
Diperlukan untuk penghasilan kolagen

Zinc, Kuprum dan Manganese
Mineral yang diperlukan untuk pembinaan tisu penghubung


Faedah Pengambilan Advanced Joint Health Tablet Shaklee
  • Meningkatkan cushioning - Glukosamin membantu memelihara rawan - cushioning perlindungan di antara sendi yang memudahkan pergerakan
  • Memelihara tisu penghubung yang sihat - Zinc, kuprum, Manganese dan Vitamin C membantu pembinaan kolagen dan lain lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi
  • Meningkatkan keselesaan sendi - Ekstrak Boswellia membantu memperbaiki keselesaan sendi

http://www.sihatbersamacikin.blogspot.com
Email: sihatbersamacikin@yahoo.com
No Tel: 019-6546896
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...